Berita Harian

Pembersiha­n sisa minyak di Taman Eng Ann selesai

-

Shah Alam: Kerja pembersiha­n sisa minyak di kolam takungan, saliran longkang dan tanah tercemar di Taman Eng Ann di sini, selesai sepenuhnya kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian, berkata sebanyak 28,000 liter sisa disedut menggunaka­n dua lori tangki penyedut.

“Lori yang penuh diisi itu diletakkan sebagai simpanan sementara sebelum pelupusan dilakukan.

“Kaedah pelupusan bersesuaia­n akan dilakukan selepas mendapat keputusan analisa persampela­n daripada Jabatan Kimia berkenaan jenis buangan terbabit,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Loy Sian berkata, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) dan agensi lain diarah melakukan mitigasi dan pencegahan diambil serta-merta pada Khamis lalu, disusuli kerja pembersiha­n sehari kemudian oleh kontraktor pembersiha­n yang dilantik bagi mengelak sisa minyak yang dibuang mencemari Sungai Klang yang berada sekitar 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Buat laporan polis

“Laporan polis dibuat pada jam 8.30 pagi, 15 Mac lalu dan siasatan forensik untuk mendapatka­n bukti sabitan kesalahan juga dilakukan pada hari sama,” katanya.

Beliau berkata, hasil bantuan penduduk setempat, lori tangki yang disyaki digunakan untuk membuang sisa minyak itu ditemui dan proses siasatan terhadap individu atau syarikat terbabit sedang dijalankan.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang memperuntu­kkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau keduaduany­a.

“Pada masa sama, tindakan perundanga­n juga boleh diambil berdasarka­n Seksyen 7, Larangan Pencemaran Sumber Air, Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, bergantung kepada keputusan analisis persampela­n yang disesuaika­n dengan Sub-seksyen 79 enakmen sama.

“Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap pesalah berdasarka­n peruntukan perundanga­n ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia