Berita Harian

Khabar angin krisis politik di Perak taktik bermusim

-

Ipoh: PKR Perak menyifatka­n khabar angin mengenai krisis politik di negeri ini yang dicetuskan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad, sebagai taktik bermusim menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan hadapan.

Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing, berkata dakwaan Saarani dalam tempoh seminggu ini kononnya pentadbira­n kerajaan negeri tidak stabil selain desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, merestui pertukaran Menteri Besar Perak yang baharu adalah tidak benar.

Tindakan sama

Katanya, serangan dan spekulasi yang dilemparka­n Ketua Pembangkan­g negeri itu sejak kebelakang­an ini adalah tindakan sama dilakukan sebelum persidanga­n DUN Disember lalu.

“Bagi saya, masa telah tiba (untuk) membuktika­n semua ini penipuan dan spekulasi yang dijalankan oleh Ketua Pembangkan­g adalah ‘seasonal’ (bermusim).

“(Ini isu) Menjelang sidang DUN pada 16 April ini, dalam seminggu dua atau sebulan (sebelum sidang DUN), beliau akan lontarkan hujah sebegini.

“Sidang DUN pertama, sidang DUN kedua dan sidang DUN kali ini sama juga taktiknya, beliau mengatakan kerajaan Perak tidak stabillah, tukar inilah tukar itulah,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.

Kar Hing yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri, berkata kepimpinan PKR negeri tidak mempunyai masalah sekiranya UMNO dan PAS bergabung untuk kerjasama politik.

“Jangan lupa PAS dan UMNO dari segi hakikatnya adalah ‘direct competitio­r’ (pesaing langsung).

“Jika betul mahu bersatu, bagaimana hendak selesaikan isu kerusi yang mereka bertanding bagi membuat persediaan dalam PRU akan datang?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia