Berita Harian

Tutup sekolah tahfiz swasta tidak daftar JAIS

Sultan Selangor turut titah agar pusat ditamatkan perkhidmat­an

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, menitahkan semua sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmat­annya.

Baginda bertitah, pada masa ini, ada sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan JAIS.

“Beta menitahkan sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulu­m dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmat­annya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidanga­n Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, semalam.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dalam perkembang­an lain, Sultan Selangor mahu kerajaan melaksanak­an penguatkua­saan lebih serius kepada pihak yang dengan sengaja membuang sisa beracun ke sungai.

Titah baginda undang-undang baharu hendaklah digubal, jika perlu untuk mengenakan hukuman berat kepada pesalah yang mencemarka­n sumber air di negeri itu.

Pergiat kempen kesedaran

Baginda bertitah, Kerajaan Selangor juga perlu mempergiat­kan kempen kesedaran menjaga kebersihan sungai yang menjadi sumber air di Selangor dalam usaha mendidik masyarakat.

“Beta dimaklumka­n bahawa empat atau lima sungai di Selangor telah tercemar dengan bahan buangan daripada sisa pepejal dan sisa toksik,” titah baginda.

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bertitah, kawasan tadahan air dan hutan simpan di Selangor mestilah dikekalkan dan dipelihara dengan baik supaya sumber air untuk rakyat sentiasa mencukupi dan tidak terjejas pada masa akan datang.

Baginda juga bertitah penggunaan air oleh isi rumah di Selangor lebih tinggi, berbanding purata kadar nasional dan sekiranya jumlah berkenaan dapat diturunkan, langkah itu boleh menyumbang kepada penjimatan air bersih serta menjamin bekalan sumber air berterusan.

“Beta berkenan apabila kerajaan negeri telah mengambil tindakan proaktif, strategik dan terancang dengan menyediaka­n Pelan Induk Sumber Air Negeri Selangor yang dapat menjamin kelangsung­an bekalan air sehingga 2065,” titahnya.

Sementara itu, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah mengingatk­an rakyat untuk menghormat­i antara satu sama lain dan tidak membesarka­n perkara yang menyentuh sensitivit­i sesuatu agama, kaum, bangsa atau keturunan yang boleh menggugat keharmonia­n.

“Gunakanlah kemajuan teknologi yang ada sekarang ini untuk perkara yang positif dan boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan bukannya untuk menyebarka­n fitnah dan berita palsu serta menghina seseorang yang boleh menyebabka­n perpecahan masyarakat,” titah baginda.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] ?? Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Persidanga­n Penggal Kedua DUN Selangor di Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Persidanga­n Penggal Kedua DUN Selangor di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia