Berita Harian

Sultan Kelantan rasmi sidang

-

Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam berkenan merasmikan istiadat pembukaan Penggal Kedua Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-14 di Kota Darulnaim di sini.

Keberangka­tan tiba baginda pada jam 11.15 pagi, diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

Baginda disambut Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan timbalanny­a, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Turut menyambut keberangka­tan baginda Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub dan Timbalan Speaker, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Tiada istiadat perbarisan

Pembukaan DUN bagi penggal ini agak unik apabila berlangsun­g serba ringkas tanpa istiadat perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan seperti kebiasaan.

Sultan Muhammad V tidak bertitah kecuali berkenan merasmikan istiadat semata-mata.

Ini kali pertama baginda muncul di khalayak selepas meletakkan jawatan sebagai Yang di-pertuan Agong XV yang berkuat kuasa 6 Januari lalu.

Sementara itu, Mohd Amar berkata majlis istiadat pembukaan Persidanga­n DUN kali ini menunjukka­n kelainan berikutan baginda sudah bertitah supaya tiada perbarisan dilakukan.

“Tuanku semalam bertitah supaya tiada perbarisan kerana cuaca panas. Istiadat memang lain sikit kerana ucapan seperti biasa tiada, namun titah perasmian ada,” katanya.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI /BH] ?? Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan Penggal Kedua Persidanga­n DUN Kelantan Ke-14 di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI /BH] Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan Penggal Kedua Persidanga­n DUN Kelantan Ke-14 di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia