Berita Harian

Pelajar terkejut ular dalam laci meja sekolah

-

Mukah: Seorang pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers bernasib baik apabila sempat nampak kelibat seekor ular tedung sepanjang tiga meter di dalam laci meja sekolahnya ketika mahu menyimpan buku.

Dalam kejadian jam 2.45 petang Jumaat lalu, pelajar terbabit yang mahu menyusun buku ternampak objek hitam dalam lacinya dan terus memanggil rakan.

Bimbang dengan keselamata­n, pelajar terbabit terus menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah untuk mendapatka­n bantuan.

Sepasukan anggota bomba yang tiba selepas mendapat panggilan kecemasan berjaya menangkap reptilia itu dan menyifatka­n pelajar terbabit bertuah kerana tidak dipatuk.

Rakaman video tular

Satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit berkenaan tangkapan ular turut tular di media sosial.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.48 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiga anggota ditugaskan ke lokasi ular tedung itu. Anggota mendapati seekor ular tedung hitam sepanjang tiga meter berada di dalam laci meja,” katanya.

Beliau berkata, ular tedung itu berjaya ditangkap menggunaka­n penjerut sebelum dimasukkan ke dalam guni.

“Ular tedung itu dilepaskan ke habitat asal di kawasan selamat,” katanya.

 ??  ?? Anggota bomba menangkap ular tedung yang dijumpai dalam laci meja pelajar di SMK Three Rivers, Mukah.
Anggota bomba menangkap ular tedung yang dijumpai dalam laci meja pelajar di SMK Three Rivers, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia