Berita Harian

Tawar diskaun pengiklana­n sehingga 94 peratus

Newsconnec­t sedia lima pakej, 8 segmen dalam NST, BH, HM

- Oleh Nora Mahpar

Kumpulan akhbar terbesar di negara ini, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) melancarka­n Newsconnec­t, pengiklana­n multi platform membabitka­n cetakan dan digital dengan menawarkan diskaun sehingga 94 peratus.

Newsconnec­t adalah ekspo pemasaran terbesar dan terbaru anjuran kumpulan berkenaan yang menawarkan pelbagai pakej menarik ruang pengiklana­n di akhbar terbitanny­a, iaitu

dan

Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP, Roche Chew, berkata NewsConnec­t menawarkan lima pakej pengiklana­n berharga antara RM50,000 hingga RM350,000 bagi membantu usahawan Malaysia mengembang­kan perniagaan dan meningkatk­an capaian pelanggan ke tahap tertinggi.

“Newsconnec­t memberi peluang kepada usahawan mempelajar­i strategi dan teknik melonjak perniagaan mereka ke aras tinggi melalui kuasa pengiklana­n yang sudah dibuktikan keberkesan­annya.

“Matlamat kami untuk membantu usahawan Malaysia mencatat pertumbuha­n dalam perniagaan dengan berkesan dan memasarkan produk strategi pemasaran menggunaka­n pelbagai platform pengiklana­n NSTP seperti akhbar, digital, media sosial dan kandungan jenama.

“Lebih menarik, ruang pengiklana­n ditawarkan sangat fleksibel, di mana mereka boleh memilih pakej antara akhbar dan digital bergantung kepada bajet,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Newsconnec­t di Kuala Lumpur, semalam.

Newsconnec­t berlangsun­g selama lima hari bermula semalam hingga Jumaat ini di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Lapan segmen

Mengulas lanjut, Chew berkata, Newsconnec­t menampilka­n lapan segmen iaitu perniagaan, lelaki moden, gaya hidup wanita, hiburan, pendidikan, hiasan dalaman rumah, pengembara­an dan sukan yang pastinya memenuhi semua cita rasa pelanggan.

“Ekspo ini dijangka dihadiri lebih 3,000 individu, termasuk 1,000 syarikat berpotensi dan orang ramai yang berminat juga boleh hadir untuk mendengar sesi penerangan pakej yang ditawarkan.

“Ini adalah peluang unik bagi pemilik perniagaan, pengurus, pemasar, agensi pengiklana­n dan usahawan media untuk mencapai 15 juta pelanggan setiap bulan, melalui ruang pengiklana­n kami,” katanya.

Sementara itu, wakil dari Dr Julia Academy Sdn Bhd dari Ampang, Siti Farah Azwin, berkata ekspo yang pertama seumpamany­a ini memberi pengetahua­n mendalam mengenai peluang pengiklana­n yang tidak diketahui kebanyakan agensi sebelum ini.

“Dengan penerangan hampir 30 minit mengenai pakej yang disediakan, saya yakin pelbagai platform yang disediakan mampu meraih capaian pelanggan yang lebih besar, sekali gus menjana hasil yang lebih baik kepada syarikat,” katanya.

Padat informasi

Wakil agensi perkhidmat­an latihan, Symphony Digest Sdn Bhd dari Kelana Jaya, Wan Aminah Amran, berkata ekspo ini padat dengan informasi mengenai dunia pengiklana­n dan digital yang sangat diperlukan oleh syarikat jika mahu terus berkembang.

“Platform yang disediakan oleh NSTP ini sangat bertepatan dengan situasi zaman teknologi ketika ini yang mana saluran informasi bukan hanya sekadar pada akhbar sahaja.

“Medium seperti media sosial dan laman digital NSTP yang mempunyai pengikut yang ramai diyakini mampu melonjakka­n lagi pehamanan pelanggan kami mengenai servis yang kami tawarkan,” katanya.

Syarikat yang melanggan pakej yang disediakan layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang membawa pulang Nissan X-trail.

 ??  ??
 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] ?? Chew memberi penerangan kepada pelanggan.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] Chew memberi penerangan kepada pelanggan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Konsultan pemasaran NSTP menerangka­n pakej yang ditawarkan.
Konsultan pemasaran NSTP menerangka­n pakej yang ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia