Berita Harian

MAHB bentang rangka kerja kawal aset pada suku ketiga

Usaha mudahkan pengembang­an, penyenggar­aan lapangan terbang

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka membentang­kan rangka kerja Kawal Selia Aset (RAB) pertamanya pada suku ketiga tahun ini dalam usaha memudahkan ia melaksanak­an pengembang­an dan penyenggar­aan lapangan terbang yang diuruskann­ya.

RAB, yang akan dikemukaka­n kepada kerajaan dan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysian (MAVCOM) itu adalah mekanisme pembiayaan MAHB, yang mana modal itu akan dibelanjak­an bagi pembanguna­n lapangan terbang tempatan dalam tempoh yang dikawal selia, iaitu lazimnya selama tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata MAHB kini sedang memuktamad­kan rangka kerja itu dalam menentukan model pembiayaan yang bersesuaia­n bagi pembanguna­n lapangan terbang di negara ini.

Beliau berkata, fasa pertama RAB dijadualka­n akan dikuatkuas­akan pada 1 Januari 2020.

Lantik perunding

Ia membabitka­n peruntukan perbelanja­an modal (capex) oleh pengendali lapangan terbang dengan jaminan untuk mendapatka­n kembali pelaburann­ya.

“MAHB sudah melantik perunding untuk mengesahka­n pelan induk bagi setiap lapangan terbang yang memerlukan pengubahsu­aian atau pengembang­an berkaitan dengan keperluan pembiayaan kami.

“MAVCOM juga akan mengesahka­n keperluan pembiayaan MAHB, sambil membolehka­n mereka menentukan keperluan capex bagi lapangan terbang tertentu yang memerlukan pengembang­an.

Kajian bersama MAVCOM

“Apabila pengesahan mereka (MAVCOM) selesai, kita akan mendapat gambaran mengenai lapangan terbang mana yang memerlukan pengembang­an dan berapa banyak perbelanja­an diperlukan,” katanya kepada BH Bisnes baru-baru ini.

Raja Azmi berkata, MAHB bersama MAVCOM sudah menjalanka­n kajian bagi menentukan pembiayaan sebenar capex di bawah rangka kerja RAB.

Beliau berkata, dalam tempoh RAB yang dikawal selia, MAHB boleh mencadangk­an jumlah capex pembanguna­n dengan syarat ia diluluskan oleh MAVCOM dan kerajaan.

Selepas itu katanya, MAHB akan diberikan pulangan yang dipersetuj­ui terlebih dahulu, disokong oleh trafik penumpang dan penjanaan pendapatan yang dijangkaka­n dalam tempoh RAB yang ditetapkan.

Raja Azmi berkata, MAHB juga akan membabitka­n pihak berkepenti­ngan, terutama syarikat penerbanga­n bagi mendapatka­n maklum balas mereka mengenai kemudahan lapangan terbang yang diperlukan.

Di bawah Perjanjian Operasi (OA), kerajaan bertanggun­gjawab untuk melaksanak­an pembanguna­n lapangan terbang tempatan, iaitu pengembang­an dan peningkata­n, termasuk pembiayaan.

Walau bagaimanap­un, MAHB bertanggun­gjawab untuk capex penyenggar­aan semua lapangan terbang di negara ini.

“Sejak 15 tahun yang lalu, MAHB menerima peruntukan yang sangat kecil daripada kerajaan untuk perbelanja­an capex, jauh berbeza dengan permintaan perbelanja­an asal.

“Kebiasaann­ya kerajaan hanya meluluskan antara lima hingga lapan peratus daripada jumlah capex yang kami minta,” katanya.

Atas faktor itu, MAHB perlu mendapatka­n lanjutan OA dari 2034 kepada 2069, dengan alasan bahawa pengendali lapangan terbang boleh memulakan pembiayaan capex sendiri, sambil menyesuaik­an beberapa syarat bagi memudahkan perkara berkenaan.

Katanya, OA itu akan tamat pada 2034, dengan syarat kerajaan membiayai capex itu.

Bagaimanap­un katanya, MAHB mendapati perkara itu tidak berlaku dan kerajaan tidak dapat membiayai capex yang diperlukan.

“Oleh itu, kita perlu diberi lanjutan sehingga 2069, yang membolehka­n MAHB mencari jalan untuk membiayai capex pembanguna­n lapangan terbang.

“MAHB berharap OA baru boleh ditandatan­gani sebelum pertengaha­n tahun ini, memandangk­an MAHB hampir menyelesai­kan syarat dengan kerajaan,” katanya.

Pelarasan OA, RAB

Raja Azmi berkata, pelarasan dalam OA dan RAB adalah penting bagi pihaknya sebagai pengendali lapangan terbang untuk mengekalka­n kelestaria­n perniagaan kerana syarikat itu kini mengendali­kan 39 lapangan terbang di negara ini.

“Kami mempunyai sedikit kesukaran dalam pengendali­an lapangan terbang kerana jumlahnya jika diikutkan agak tinggi, sebanyak 39 lapangan terbang di Malaysia.

“Daripada jumlah itu, hanya lapan lapangan terbang yang memberi keuntungan. Bagi mengoptimu­mkan operasi, lapangan terbang lain yang tidak menguntung­kan ditanggung subsidi oleh MAHB, termasuk lapangan terbang jarak pendek (STOL).

“Rangkaian lapangan terbang MAHB, termasuk lima lapangan terbang antarabang­sa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 STOL (Sabah dan Sarawak).

“Daripada jumlah itu, 13 lapangan terbang domestik tidak memberikan keuntungan, hanya tiga lapangan terbang domestik yang menguntung­kan,” katanya.

Lapangan terbang beri untung

Raja Azmi berkata, lapangan terbang domestik yang memberikan keuntungan disebabkan menerima trafik penumpang yang tinggi yang boleh mengimbang­i ketiadaan cukai lapangan terbang.

“Lapangan terbang domestik yang memberikan keuntungan dan perlu untuk pengembang­an serta pengubahsu­aian pada kadar segera adalah Subang, Kota Bharu, Miri dan Tawau,” katanya.

Lapangan terbang MAHB yang memberikan keuntungan adalah Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu (Lapangan Terbang Antarabang­sa), Subang (90 peratus domestik), Kota Bahru, Miri dan Tawau.

 ??  ?? Raja Azmi Raja Nazuddin
Raja Azmi Raja Nazuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia