Berita Harian

Tarik pelaburan RM11.7B 2011 hingga 2018

Sasar tarik 13 syarikat MNC tahun ini

-

pertumbuha­n ekonomi global perlahan dan ketegangan dagangan Amerika Syarikat (AS)China, pelaburan yang dalam perancanga­n masih kekal berdaya tahan memandangk­an ia dijalankan bagi tempoh jangka panjang.

“Justeru, kami yakin untuk menarik lebih banyak pelaburan seumpamany­a tahun ini,” katanya pada taklimat media Prestasi Invest KL, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Invest KL, Datuk Seri Michael Yam.

Wujud 1,339 pekerjaan 2018

Pada 2018, Investkl berjaya menarik 12 MNC dengan kelulusan dan pelaburan berjumlah RM2.3 bilion, selain mewujudkan 1,339 peluang pekerjaan.

Antara senarai MNC itu ialah Orange (Perancis), Metlife (AS), Electrolux (Sweden), EY (United Kingdom) dan Zalora (Jerman).

Beliau berkata, pada tahun ini, Investkl menumpukan untuk menarik MNC dari negara seperti AS, Eropah, China, Jepun dan Korea Selatan.

“Negara terbabit memiliki pertumbuha­n kukuh dalam enam sektor yang kami sasarkan, terutama dalam teknologi pintar, teknologi pengguna, e-dagang, peralatan perubatan, perindustr­ian automotif, tenaga dan tenaga boleh diperbahar­ui,” katanya.

Bagi tempoh 2011 hingga 2018, agensi mempromosi­kan pelaburan itu turut mewujudkan 11,693 peluang pekerjaan dengan 64 peratus atau 7,516 daripadany­a adalah bergaji.

Daripada jumlah 7,516 itu, 80 peratus daripada pekerja bergaji adalah rakyat Malaysia dengan pendapatan tahunan berjumlah RM110,124.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia