Berita Harian

Beli 40 peratus kepentinga­n Exabytes

Pelaburan kedua syarikat dalam perkhidmat­an teknologi

-

pengehosan web terkemuka yang mempunyai kehadiran dalam berbilang pasaran di Asia Tenggara dan menawarkan khidmat kepada lebih 100,000 pelanggan, termasuk individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat tersenarai awam dan agensi kerajaan.

Kini, syarikat itu ialah pemimpin pasaran di Malaysia dan berada dalam landasan untuk menjadi antara pesaing terbesar di Asia Tenggara bagi perkhidmat­an pengehosan web dan awan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, berkata pihaknya sedang mengembang­kan sayap dalam industri perkhidmat­an.

“Sejajar dengan mandat Ekuinas, kami akan melabur dan menggalakk­an pertumbuha­n syarikat tempatan berpotensi tinggi yang bersedia untuk mencapai skala lebih besar dan bersaing pada peringkat serantau atau global.

“Exabytes adalah contoh terbaik sebuah syarikat yang berpotensi untuk menjadi pemimpin serantau yang boleh menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan untuk perniagaan dan bakat.

“Menerusi Exabytes, Ekuinas akan dapat manfaat daripada ekonomi internet yang berkembang pesat pada peringkat global, yang kini bernilai AS$3.5 trilion,” katanya.

Pacu pertumbuha­n

Beliau berkata, pelaburan berkenaan adalah yang kedua bagi Ekuinas dalam perkhidmat­an teknologi dan ia yakin dengan prospek Exabytes sebagai sebuah syarikat pemudah cara teknologi.

Katanya, Exabytes adalah syarikat dominan dalam tiga pasaran dan mencatat sejarah prestasi kewangan yang konsisten, di samping pertambaha­n bilangan pelanggan tahun demi tahun.

“Diterajui oleh pengasasny­a dan disokong oleh pasukan pengurusan kanan yang mantap dan berpengala­man, kami yakin bahawa Exabytes akan meneruskan pertumbuha­nnya memandangk­an pasaran global bagi perkhidmat­an pengehosan dijangka berkembang pada kadar sembilan peratus setahun, dipacu oleh tahap penembusan internet yang semakin meningkat dan juga pendigital­an perniagaan.

“Kami berharap untuk berganding bahu dengan usahawan Malaysia yang berpotensi tinggi untuk berkongsi wawasannya dalam membawa syarikat ke fasa pertumbuha­n yang seterusnya,” katanya.

Teroka pasaran baharu

Menguasai hampir 30 peratus pasaran di Malaysia dan berbekalka­n rekod pencapaian perkhidmat­an kukuh selama 18 tahun, Exabytes dijangka berkembang maju seiring pertumbuha­n industri.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, Exabytes berkembang pantas menerusi penggabung­an dan pemeroleha­n (M&A), sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang syarikat, yang membolehka­nnya meluaskan perniagaan dalam segmen berbeza di pasaran tertentu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes, Kee Siak Chan, berkata syarikat berharap untuk menggiatka­n rancangan untuk terus membina syarikat dan meluaskan perniagaan ke pasaran baharu di rantau Asia Tenggara, dengan sokongan daripada Ekuinas.

“Kami akan menambah baik pendekatan tempatan terhadap perkhidmat­an, teknologi dan pemasaran. Pendekatan ini ternyata berkesan dan membawa kami ke tahap ini sebagai salah sebuah syarikat awan terkemuka di rantau dengan pusat data bertempat di berbilang negara bersama kumpulan sokongan tempatan yang kukuh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia