Berita Harian

WCIT 2020 dijangka jana pelaburan RM10B

-

Kongres Teknologi Maklumat Sedunia (WCIT) 2020 dijangka menjana pelaburan hampir RM10 bilion, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Katanya, jangkaan itu berdasarka­n impak positif WCIT yang diadakan di Malaysia pada 2008 yang sudah berjaya menarik pelaburan RM8 bilion.

“Ia satu peluang bagi negara untuk sama-sama berada di pentas antarabang­sa seiring pemain industri yang lain.

“Selain fokus pelaburan, kongres ini juga akan menjana lebih banyak peluang pekerjaan menerusi industri teknologi maklumat,” katanya selepas merasmikan pra-pelancaran WCIT 2020 di Kuala Lumpur, semalam.

Platform pamer wawasan

Kongres edisi ke-23 anjuran Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) itu akan berlangsun­g pada 13 hingga 16 September 2020 di Pulau Pinang.

Ia juga dijangka menghimpun­kan lebih 160 penceramah global berserta penyertaan daripada lebih 80 negara luar.

Terdahulu, dalam ucapannya, Gobind berkata, penganjura­n WCIT 2020 di Malaysia adalah tepat pada masanya dan satu langkah menguntung­kan kerana ia menawarkan platform yang baik bagi Malaysia untuk mempamerka­n pencapaian­nya dan wawasannya untuk masa depan.

“Platform seperti WCIT 2020 ini akan meningkatk­an kesedaran mengenai kemungki- nan yang boleh diberikan oleh Internet dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada masyarakat dan ekonomi, selain merapatkan jurang digital.

“Kerajaan mengakui dan mengesahka­n bahawa ICT boleh menjadi enjin untuk membangunk­an usahawan dan mentransfo­rmasi negara menjadi sebuah hab perniagaan yang berdaya saing,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Gobind selepas merasmikan pra-pelancaran WCIT 2020 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Gobind selepas merasmikan pra-pelancaran WCIT 2020 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia