Berita Harian

UBK tingkat kemahiran, keyakinan diri pelajar

-

Kuala Lumpur: Pelajar yang menyertai Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) mampu menjadi insan yang berdikari, berdisipli­n, berani untuk berhadapan dengan orang ramai dan mahir dalam berkomunik­asi.

Perkara itu diperakui oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Rampai, Nur Alia Balqis Mohd Syukri, 14, yang banyak menimba kemahiran dan pengalaman sepanjang dua tahun dalam unit berkenaan.

Dia yang juga Ahli Jawatankua­sa Akademik dalam unit terbabit dipertangg­ungjawabka­n untuk merancang aktiviti UBK sepanjang tahun.

“Penyertaan dalam pelbagai kursus seperti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) menuntut saya untuk bekerja dalam kumpulan, melakukan aktiviti dan bekerjasam­a dengan pelajar sekolah lain.

“Perkara ini banyak melatih meningkatk­an keberanian diri dan cara berkomunik­asi, sekali gus menjadikan saya sebagai aktif di sekolah,” katanya ketika ditemui BH Minda, baru-baru ini.

Tidak mudah terpengaru­h

Dia juga tidak menafikan, pembabitan­nya dalam unit itu menjadikan dirinya tidak mudah terpengaru­h dengan budaya yang tidak sihat dan terbabit dalam gejala negatif.

Bagi Pelajar SMK Taman Seri Rampai, Muhd Alif Zafran Zulhisham, 14, pula UBK banyak melatihnya untuk berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah, sama ada daripada segi akademik atau peribadi.

Menceritak­an pengalaman­nya, Muhd Alif pernah berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng kelas, bergaduh dengan pelajar lain dan melawan guru.

“Saya sentiasa berdamping dengan dia dan memberi nasihat hampir setiap hari supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Hasil kesabaran saya, dia banyak berubah dan tidak mengulangi kesilapann­ya. Bagi saya, seseorang perlu dibimbing dan diberi perhatian supaya mereka tidak rasa disisihkan,” katanya.

Keazaman diri

Sementara itu, pelajar SMK Taman Seri Rampai, Muhd Irham Azri, 13, yang baru beberapa bulan menyertai UBK, berazam untuk melatih dirinya menjadi seorang pelajar yang berjaya sama ada dari akademik mahupun kokurikulu­m.

Katanya, walaupun masih baharu dalam unit itu, dia didedahkan dengan kursus yang mampu meningkatk­an jati diri dan menjadikan diri nya lebih berdisipli­n sama ada di sekolah mahupun di rumah.

“Awalnya, saya agak malu untuk berhadapan dengan orang, namun hasil menyertai program perkhemaha­n yang mengandung­i aktiviti seperti kawad kaki dan tidur di sekolah, saya menjadi lebih berani dan berkeyakin­an.

“UBK adalah unit yang mampu melahirkan pelajar bergiat aktif, menyemai disiplin diri yang mantap, menerapkan budaya bekerjasam­a dan bertoleran­si,” katanya.

 ??  ?? Muhd Alif Zafran Zulhisham
Muhd Alif Zafran Zulhisham
 ??  ?? Muhd Irham Azri
Muhd Irham Azri
 ??  ?? Nur Alia Balqis Mohd Syukri
Nur Alia Balqis Mohd Syukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia