Berita Harian

Pasukan beruniform contoh

Disiplin tinggi diterapkan dalam kehidupan seharian

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

l

Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sagor, di sini sentiasa mengekalka­n disiplin yang tinggi bukan sahaja ketika berada di sekolah, malah dalam kehidupan seharian mereka.

Pengetuany­a, Encik Khairul Anuar Sahaluddin, berkata disiplin tinggi dalam kalangan anggota kadet polis itu turut men- jadi contoh kepada pelajar lain di sekolah itu dalam membentuk jati diri dan sahsiah yang unggul bagi mencipta kejayaan.

Beliau berkata, setiap tahun pasukan kadet polis sekolah itu menjadi tumpuan pelajar untuk mendaftar menjadi ahli, namun hanya diluluskan pendaftara­nnya untuk satu platun, iaitu masing-masing kadet polis lelaki dan kadet polis wanita, manakala ahli yang lain dijadikan pasukan simpanan.

“Pihak sekolah memandang serius dan sentiasa memantau tahap disiplin ahli kadet polis kerana keperibadi­an mereka menjadi contoh kepada pelajar lain. “Alhamdulil­lah, setakat ini tiada anggota kadet polis yang melanggar disiplin sekolah, malah mereka turut menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ di sekolah untuk melaporkan kes salah laku membabitka­n pelajar,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Antara acara yang dilaksanak­an setiap tahun ialah latihan kawad kaki, pertanding­an mara lasak, pertanding­an merentas halangan, pertanding­an membaca kompas, pertanding­an menembak raifal M16 dan perkhemaha­n yang biasanya diadakan di peringkat daerah dan juga negeri.

Sementara itu, guru penasihat Kor Kadet Polis SMK Dato’ Sagor, Asisten Superinten­dan Kadet Encik Sha’ari Jusoh, berkata pasukan kadet polis sekolah amat aktif dalam pembabi-

“Kejayaan pasukan ini adalah hasil latihan intensif dan kerjasama yang ditunjukka­n oleh seluruh pasukan, jurulatih, pihak sekolah dan ibu bapa pelajar,” katanya.

Selain itu, katanya, komitmen yang dipamerkan setiap ahli kadet amat membanggak­an termasukla­h disiplin dan kesungguha­n yang ditunjukka­n sepanjang latihan dan pertanding­an kawad kaki berkenaan.

“Pasukan kadet polis sekolah ini juga sedang mempersiap­kan diri untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Kor Kadet Polis pada peringkat daerah dan negeri.

“Saya yakin pasukan kadet polis sekolah ini akan terus maju dan mencipta pelbagai kejayaan berdasarka­n kejituan semangat yang ditunjukka­n,” katanya.

 ??  ?? Encik Sha'ari Jusoh
Encik Sha'ari Jusoh
 ??  ?? Antara ahli pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sagor.
Antara ahli pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sagor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia