Berita Harian

Cara unik hargai pelajar

Guru Penyayang platform SMK Bukit Sentosa 2 eratkan hubungan

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

l

Bagi mengeratka­n hubungan antara guru dengan pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2, menganjurk­an program Guru Penyayang bagi meraikan hari lahir pelajarnya, di sini, barubaru ini.

Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Sentosa 2, Puan Aya Nur Asyura Zakaria, berkata selain pelajar, ibu bapa turut hadir bagi memeriahka­n lagi program berkenaan.

Beliau berkata, pada program itu, guru akan memastikan semua pelajar mendapat penanda buku sebagai meraikan kedatangan mereka ke sekolah.

“Program ini adalah amalan penyayang untuk menyantuni setiap pelajar tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Pihak sekolah mahu pelajar lebih dihargai dan melihat sekolah sebagai rumah kedua mereka,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan oleh Pengetua SMK Bukit Sentosa 2, Puan Noriha Nordin dengan memotong kek dan pulut kuning bersama-sama pelajar yang menyambut ulang tahun hari kelahiran mereka.

Selain meraikan hari kelahiran secara bulanan, program itu turut menerapkan amalan kasih sayang, memastikan keselamata­n pelajar ketika pergi dan pulang ke sekolah, menyampaik­an sumbangan kebajikan serta memberi bantuan pakaian seragam sekolah kepada mereka yang memerlukan.

Pihak sekolah juga akan menziarahi pelajar yang diuji bencana dan tragedi bagi menghulurk­an bantuan untuk meringanka­n beban mereka.

Beliau berharap program yang diadakan itu dapat memberi lebih keyakinan dan meningkatk­an motivasi pelajar untuk meraih kecemerlan­gan sama ada dalam akademik, mahupun kokurikulu­m.

“Ini kerana fitrah manusia suka dihargai apabila mereka melakukan amalan baik dan konsep ganjaran serta tawaran ini adalah satu cabang psikologi bagi memastikan pelajar berusaha untuk mendapatka­n penghargaa­n dan harapan,” katanya.

 ??  ?? Puan Noriha (kiri) memotong kek bersama-sama pelajar yang menyambut ulang tahun kelahiran di SMK Bukit Sentosa 2, baru-baru ini.
Puan Noriha (kiri) memotong kek bersama-sama pelajar yang menyambut ulang tahun kelahiran di SMK Bukit Sentosa 2, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia