Berita Harian

AFFINBANK sasar ulangi pencapaian cemerlang 2018

Bank rancang perkenal sistem baharu, naik taraf perbankan internet

- Oleh Nabil Basaruddin

Affin Bank Bhd (AFFINBANK) berupaya mengekalka­n prestasi cemerlang tahun kewangan yang lalu, bersandark­an kepada pertumbuha­n bagi segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta portfolio perbankan runcit yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata AFFINBANK menjangkak­an untuk mencatatka­n keuntungan yang sama atau lebih baik berbanding tahun lalu.

“Tahun kewangan yang lalu merekodkan pencapaian yang begitu cemerlang dan untuk 2019, kami jangka akan kekal sama atau lebih baik, sejajar dengan Program Transforma­si Affinity bank ini.

“Bank juga akan memperkena­lkan sistem baharu serta menaik taraf sistem perbankan internet untuk segmen runcit, seterusnya memberikan pengalaman lebih baik untuk menarik pelanggan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan hadiah kepada pemenang Kempen OMG di Kuala Lumpur, semalam.

Prospek tahun ini

Majlis terbabit menyaksika­n 92 pemenang kempen berkenaan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM700,000 yang mana seorang pemenang utama menerima kereta Mercedes Benz GLA.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Nazlee Khalifah.

Mengulas mengenai prospek pada 2019, Kamarul Ariffin berkata, pertumbuha­n pembiayaan adalah sekitar enam hingga tujuh peratus pada tahun ini.

“Kami juga menyasarka­n segmen deposit runcit akan tumbuh 10 peratus dan bercadang untuk memperkena­lkan produk dompet elektronik pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Kempen OMG

Sementara itu, beliau berkata, melalui Kempen OMG, sebanyak 49,955 akaun diperoleh dalam tempoh enam bulan sejak dimulakan pada Julai tahun lalu. Daripada jumlah itu, 36,000 adalah akaun deposit tetap dan selebihnya akaun semasa dan simpanan.

“Kempen ini adalah inisiatif bank mengekal dan memperkuku­h hubungan bersama pelanggan, sejajar hasrat untuk menjadi bank pilihan pengguna menjelang 2020,” katanya.

Setakat tahun lalu, AFFINBANK mempunyai 110 cawangan di seluruh Malaysia menawarkan produk dan perkhidmat­an kewangan kepada pelanggan individu dan korporat.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] ?? Kamarul Ariffin (belakang tengah) selepas majlis penyerahan hadiah kepada pemenang Kempen OMG di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] Kamarul Ariffin (belakang tengah) selepas majlis penyerahan hadiah kepada pemenang Kempen OMG di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia