Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi semalam dalam daga lengang namun stabil, berikutan wujud kembali minat belian serta disokong oleh pengukuhan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau, bagaimanap­un, berkata peningkata­n itu diimbangi oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidakpas­tian berhubung perbincang­an perdaganga­n AS dan China.

“Dilaporkan pemain pasaran dalam pasaran gobal masih tidak memasuki pasaran kerana sedang menunggu perkembang­an perbincang­an perdaganga­n As-china,” katanya kepada Bernama.

Pada jam 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi tayar gred SMR 20 naik 5.5 sen kepada 597.5 sen satu kilogram, manakala lateks pukal menokok dua sen kepada 488 sen satu kilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi tayar gred SMR 20 meningkat tujuh sen kepada 601.0 sen satu kilogram manakala lateks pukal naik empat sen kepada 490.0 sen satu kilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia