Berita Harian

SAWIT

-

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakan­nya tinggi semalam dalam dagangan kecil berikutan minat belian yang sederhana terhadap komoditi berkenaan, kata peniaga.

Beliau berkata peniaga memberikan reaksi positif kepada maklum balas Menteri Perindustr­ian Utama, Teresa Kok mengenai keputusan Kesatuan Eropah untuk menghentik­an penggunaan minyak sawit dalam bahan api pengangkut­an disebabkan oleh faktor persekitar­an.

“Bagaimanap­un, keuntungan dikekang oleh ringgit yang me ngukuh apabila ditutup 4.0760/0800 berbanding dolar AS, katanya.

Pada penutup, April 2019 ditutup RM2 lebih rendah kepada RM2,022 satu tan. Mei 2019 dan Jun 2019 ditutup RM1 lebih tinggi masing-masing kepada RM2,067 dan RM2,112 satu tan, dan Julai 2019 menokok RM3 kepada RM2,165 satu tan.

Jumlah keseluruha­n merosot kepada 48,146 lot daripada 62,073 lot pada Jumaat lalu manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 292,575 kontrak daripada 301,978 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, April Selatan berada pada RM80 lebih tinggi iaitu RM1,980 satu tan. Dolar Amerika Dolar Australia Dolar Brunei

Dolar Kanada

Euro

Dolar New Zealand Kina Papua N Guinea Dolar Singapura Pound Sterling Franc Switzerlan­d

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia