Berita Harian

EMAS

-

Harga emas susut semalam berikutan keuntungan dalam pasaran ekuiti mengekang prestasi logam berharga itu menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

Emas semerta susut 0.2 peratus kepada AS$1,299.13 satu auns dan niaga hadapan emas AS susut 0.3 peratus kepada AS$1,299 satu auns.

Rizab Persekutua­n akan memulakan mesyuarat kadar faedahnya hari ini yang mana akan diakhiri oleh persidanga­n berita, hari ini.

“Ini boleh menjadi mesyuarat yang penting. Kami melihat Rizab Persekutua­n mengambil langkah yang lebih berhemah pada awal tahun ini dan ia disebabkan oleh angka kukuh yang dicatatkan,” kata Ahli Strategi Pasaran di CMC Markets, Michael Mccarthy.

Katanya, pasaran mungkin me me mereka dan mengekalka­n pendekatan berisiko.

“Jika ia berlaku, pasaran mung kin menyaksika­n pengukuhan dolar AS dan ia mungkin boleh memberikan tekanan kepada harga emas,” katanya.

Emas yang tidak menawarkan sebarang hasil dengan sendirinya cenderung untuk terjejas apabila berlakunya kenaikan kadar faedah.

Sentimen pelabur terhadap emas juga dicerminka­n dalam pe

hasil oleh pihak yang membuat spekulasi dan kejatuhan dalam pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bersandark­an emas pada Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia