Berita Harian

TIMAH

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) ditutup AS$50 lebih rendah kepada AS$21,090 satu tan semalam, susulan kelembapan ekonomi China selain ketidakten­tuan pasaran.

Seorang peniaga berkata, sejak 7 Mac, harga timah mencatatka­n aliran menurun ekoran China adalah pengguna terbesar logam berkenaan.

“Selain kurangnya pemangkin, penuruhan harga juga dijangkaka­n berterusan sehingga perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)China mencapai keputusan yang positif,” katanya.

Bursa Logam London (LME) ditutup pada AS$21,100 satu tan, merosot AS$130 pada penutupan Jumaat.

Pada pembukaan di PTKL, bidaan dan penawaran masingmasi­ng sebanyak 53 tan manakala jumlah dagangan 53 tan.

Selain pedagang tempatan, pasaran turut menyaksika­n penyertaan pembeli dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan United Kingdom.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mencatatka­n diskaun AS$10 satu tan berbanding diskaun AS$90 satu tan pada Jumaat lalu.

Dirham UAE

Taka Bangladesh Krone Denmark Renminbi China Dolar Hongkong Rupee India

Rupiah Indonesia Yen Jepun

Dolar Taiwan

Krone Norway Rupee Pakistan Peso Filipina

Riyal Qatar

Riyal Arab Saudi Rand Afrika Selatan Sri Lanka Rupee Kron Sweden

Thai Baht

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia