Berita Harian

Ditutup paras tertinggi harian

FBM KLCI melonjak 10.40 mata

- ULASAN PASARAN

Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi harian, namun pasaran lemah secara menyeluruh ekoran unjuran data Indeks Harga Pengguna (IHP) Februari yang rendah. Namun, indeks utama terus di

minat belian saham mewah dan saham wajaran tinggi selain menjejaki sentimen positif serantau.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras melonjak 10.40 mata dan ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,690.94 berbanding 1,680.54 pada penutupan Jumaat.

Pasaran dibuka 1.29 mata lebih tinggi kepada 1,681.83 dan bergerak antara 1,681.36 dan 1,690.94 di sepanjang hari.

Di papan skor, kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung seba- nyak 455 berbanding 440, manakala 353 kaunter tidak berubah, 646 tidak diniagakan manakala 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.26 bilion bernilai RM1.92 bilion berbanding 4.67 bilion bernilai RM3.67 bilion Jumaat lalu.

Mengulas mengenai kedudukan pasaran yang lemah, seorang peniaga berkata, berita bahawa Malaysia dijangka menyaksika­n satu lagi data IPP yang rendah, penurunan 0.4 peratus tahun ke tahun pada Februari, mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan pelabur.

Ini disebabkan negara baru sahaja menyaksika­n penguncupa­n 0.7 peratus tahun ke tahun IHP, yang pertama sejak deflasi pada 2009.

“Berita ini memberi implikasi ke atas beberapa saham mewah, terutama kaunter berkaitan produk dan perkhidmat­an pengguna,” katanya.

Tinjauan Bloomberg menunjukka­n IHP Februari, yang dijadualka­n dikeluarka­n pada Jumaat, dijangkaka­n menyusut 0.4 peratus tahun ke tahun, penurunan bulan kedua selepas bacaan Januari.

Bagi kaunter paling rugi di Bursa Malaysia, lima daripadany­a melibatkan kaunter produk pengguna dan berkaitan perkhidmat­an, iaitu Carlsberg, susut 38 sen kepada RM25.36, BAT turun 30 sen kepada RM34.26, FCW merosot 23.5 sen kepada 71.5 sen, Eng Kah susut 22 sen kepada 82 sen manakala Nestle turun 20 sen kepada RM148.50.

Peniaga berkata, pelabur juga memantau forum Pasaran Modal, Invest Malaysia, Ke-15, yang berlangsun­g hari ini dan esok, dengan maklumat terbaru serta acara utama dapat memberikan hala tuju penting kepada peserta industri.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM9.49, IHH meningkat tujuh sen kepada RM5.85 manakala Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM24.48, RM9.25 dan RM5.48.

Tenaga mengetuai senarai saham untung, apabila naik 38 sen kepada RM13.06, manakala saham paling rugi Hong Leong Bank, merosot 52 sen kepada RM20.76.

Sapura Energy yang aktif didagangka­n, susut setengah sen kepada 36 sen namun warannya naik satu sen kepada 14.5 sen, Orion meningkat 1.5 sen kepada 20.5 sen, Destini naik 2.5 sen kepada 34 sen, manakala PUC turun setengah sen kepada 10.5 sen.

Di bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.40 peratus kepada 3,212.96, Nikkei Jepun naik 0.62 peratus kepada 21,584.50 dan indeks Hang Seng Hong Kong melonjak 1.37 peratus kepada 29,409.01.

Indeks FBM Emas naik 57.57 mata kepada 11,816.75, FBMT 100 menambah 60.62 mata kepada 11,663.34, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 95.78 mata kepada 11,843.86, Indeks FBM Ace naik 67.33 mata kepada 4,901.78 manakala FBM 70 menokok 28.39 mata kepada 14,237.47 .

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri me

0.19 mata kepada 170.89, Indeks Perladanga­n meningkat 29.44 mata kepada 7,285.63 namun indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 37.10 mata kepada 17,500.0.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 2.16 bilion saham bernilai RM1.69 bilion berbanding 3.81 bilion saham bernilai RM3.46 bilion Jumaat lalu.

Waran meningkat kepada 470.63 juta unit bernilai RM94.53 juta berbanding 408.99 juta unit bernilai RM81.37 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 630.46 juta saham bernilai RM132.11 juta berbanding 447.15 juta saham bernilai RM120.07 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 281.58 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (386.27 juta), pembinaan (190.73 juta), teknologi (146.92 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (36.21 juta) 131.83 juta), perladanga­n (28.36 juta), REITS (16.66 juta), dana tertutup (51,000), tenaga (803.10 juta), penjagaan kesihatan (29.27 juta), telekomuni­kasi dan media (48.97 juta) serta utiliti (30.22 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia