Berita Harian

12 anggota pengganas Filipina ditahan

Polis yakin dapat kesan saki-baki penjenayah bersembuny­i

- Oleh Siti Azila Alias dan Izlaily Nurul Ain Hussein

Polis menahan 12 anggota kumpulan pengganas dari Filipina, termasuk seorang wanita dalam operasi antara 11 hingga 12 Mac lalu.

Tangkapan yang turut membabitka­n seorang rakyat Malaysia itu dibuat Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Unit Komando 69, di dua lokasi iaitu Semporna dan Tambunan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata tangkapan pertama dilakukan pada 11 Mac lalu di Semporna membabitka­n lima lelaki warga Filipina dan seorang rakyat tempatan, berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Katanya, empat daripada mereka disyaki terbabit dalam pertempura­n bersama kumpulan pengganas Maute di Bandar Marawi, Filipina dua tahun lalu selain turut terbabit memberi perlindung­an kepada kumpulan pengganas Maute serta beberapa warga Aasia Barat yang bersembuny­i di Sabah.

Disyaki anggota RSF

“Dua lagi suspek yang ditahan disyaki anggota kumpulan Royal Sulu Force (RSF) yang terbabit dengan insiden serangan di Lahad Datu dan Semporna pada tahun 2013.

“Maklumat dan risikan mendedahka­n, mereka merekrut anggota baharu RSF dengan menjual kad keahlian kumpulan terbabit dalam kalangan warga Filipina yang menetap di Sabah.

“Kedua-dua mereka melarikan diri ke Selatan Filipina selepas kekalahan kumpulan RSF dan menyusup masuk ke Semporna pada November tahun lalu untuk mengaktifk­an kembali kumpulan terbabit di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, tangkapan kedua pula dilakukan di Tambunan membabitka­n lima lelaki dan seorang wanita, berusia antara 23 hingga 63 tahun.

Katanya, seorang daripada mereka bekerja sebagai buruh, disyaki anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang pernah terbabit dalam serangan di Marawi dan menyusup masuk ke Sabah pada Disember tahun lalu bersama-sama anggota kumpulan ASG lain bagi mengelak operasi ketenteraa­n pihak berkuasa Filipina.

Katanya, baki lima suspek lagi ditahan kerana memberi perlindung­an kepada elemen kumpulan pengganas ASG dan pengganas Maute yang masih bebas.

Dalam operasi di Tambunan pada 12 Mac pula, pihaknya menahan seorang lelaki bekerja sebagai buruh berusia 39 tahun kerana memberi perlindung­an kepada kumpulan pengganas ASG dan kumpulan Maute yang masih bebas.

Beliau berkata, dengan penahanan suspek terbabit polis yakin dapat mengesan dan memburu saki-baki anggota kumpulan pengganas ASG dan Maute terbabit yang disyaki masih bersembuny­i di negara ini, khususnya Sabah.

Semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan yang disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

“Dalam operasi sama, polis turut menahan 10 warga Filipina kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan semua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jalani proses pemulihan Johor,

Di Mohamad Fuzi berkata rakyat Malaysia yang ditahan di Syria perlu bersetuju untuk menjalani proses pemulihan jika dibawa pulang ke negara ini.

Katanya, itu adalah syarat utama sebelum usaha rundingan membawa mereka pulang boleh diadakan dengan pihak berkuasa Syria.

“Mereka perlu mengikuti dan mematuhi prosedur tertentu terutama program pemulihan yang dikendalik­an secara sistematik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibebaskan.

“Kebanyakan mereka (yang mahu dibawa pulang) adalah isteri dan anak kepada rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dengan kegiatan keganasan di Syria sebelum ini.

“Kita akan bantu kalau mereka benar-benar mahu pulang,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Dewan Dato' Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata PDRM dalam proses membawa pulang 23 daripada 51 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti keganasan.

 ??  ??
 ??  ?? Sebahagaia­n anggota pengganas dari Filipina, termasuk seorang warga tempatan ditahan di Semporna dan Tambunan, Sabah antara 11 hingga 12 Mac lalu.
Sebahagaia­n anggota pengganas dari Filipina, termasuk seorang warga tempatan ditahan di Semporna dan Tambunan, Sabah antara 11 hingga 12 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia