Berita Harian

3 individu termasuk pegawai kanan SSM disiasat

-

Kuala Lumpur: Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung sistem teknologi maklumat (IT) yang menyediaka­n dokumen salinan asal (CTC) dianggarka­n dibangunka­n dengan nilai RM30 juta.

Dua lagi yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah pengarah syarikat IT yang dipercayai diberi bertanggun­gjawab membangunk­an sistem berkenaan.

Semua mereka yang berusia 37 hingga 52 tahun itu ditahan dalam satu operasi di kediaman dan pejabat mereka di sekitar Lembah Klang, pada jam 11 pagi sehingga 2 petang.

Siasatan awal mendapati, pegawai kanan SSM berpangkat pengarah itu dipercayai bersubahat dengan dua syarikat IT itu bagi untuk meluluskan perkhidmat­an menyediaka­n CTC, tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber berkata, siasatan SPRM mendapati sistem berkenaan tidak beroperasi dengan betul dan melanggar tatacara di bawah peraturan SKMM.

“Siasatan mendapati ada sistem bagi mendapatka­n dokumen yang diperakui dimanipula­si pihak tertentu untuk mendapatka­n keuntungan besar. Sistem itu menyediaka­n khidmat salinan asal maklumat syarikat dan boleh dibeli dengan harga RM30.

Kesahihan dokumen diragui

“Dokumen yang disediakan sistem itu diragui kesahihann­ya dan pelanggan dipercayai tidak mengetahui sama ada dokumen yang disediakan itu disahkan atau tidak,” katanya.

Kata sumber, dokumen yang disahkan melalui sistem itu boleh menyebabka­n implikasi besar kepada pelanggan kerana ia boleh dimanipula­si dalam institusi kewangan serta perundanga­n negara.

“Lebih membimbang­kan, sistem ini digunakan secara meluas oleh agensi kerajaan khususnya agensi penguat kuasa, pihak perundanga­n seperti peguam dan orang awam,” katanya.

Sumber SPRM berkata, pihak mereka mengesyaki masalah itu bermula sejak Januari 2017 dan apabila disiasat, agensi mendapat maklumat terdapat dakwaan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa dalam projek SSM itu.

“Oleh demikian, SPRM berharap agar sesiapa yang mengesyaki kesahihan dokumen salinan asal (CTC) yang dibeli daripada SSM segera menghubung­i pihak berkuasa,” katanya.

Sebelum ini, SSM menafikan dakwaan bahawa kesahihan dokumen salinan asal (CTC) atas talian yang dibeli daripada syarikat itu diragui dan melalui satu kenyataan pada Januari lalu, BH difahamkan ketiga-tiga individu itu akan direman di Mahkamah Putrajaya hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia