Berita Harian

11 penduduk didakwa ganggu tugas penjawat awam

Semua tertuduh mengaku tak bersalah

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Seramai 11 penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mengganggu tugas penjawat awam pada 7 Mac lalu.

Semua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret M Kalaiarasi.

Mereka yang didakwa, Siti Dini Kamilia Haron, 19; Nur Amani Muhamad Amin, 19; Siti Nurliana Haron, 30; Rozita Medar, 47; Nuraila Medar, 59; Roshidah Medar, 43; dan Siti Musliha Haron, 25 serta Syazwan Sulaiman, 30; Mohd Fazli Rosli, 51; Muhammad Ihsan Rifqie Mohd Zainudin, 25; dan Ahmad Khan Hussin, 51.

Tertuduh didakwa mengganggu tugas penjawat awam termasuk anggota polis dan pegawai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 7 Mac lalu di hadapan sebuah rumah di Jalan Mengkuang, Butterwort­h.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, di mahkamah sama, dua pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang didakwa atas tuduhan sama, turut mengaku tidak bersalah.

EXCO ARMADA, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 33, dan Ketua Pemuda ARMADA Bukit Mertajam, Muhammad Zikri Zulkifli, 31, masing-masing diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Ikat jamin RM1,000

Sementara itu, 11 penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder termasuk enam sekeluarga yang diwakili peguam Ahmad Faris Khairudin, dibenarkan diikat jamin masing-masing RM1,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampira­n sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kepada Mohd Ashraf dan Muhammad Zikri, dan 19 April untuk semua penduduk.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syeqal Che Murat.

 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM /BH] ?? Sebahagian daripada penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder hadir di Mahkamah Majistret Butterwort­h, semalam.
[FOTO RAMDZAN MASIAM /BH] Sebahagian daripada penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder hadir di Mahkamah Majistret Butterwort­h, semalam.
 ??  ?? Mohd Ashraf (kanan) dan Muhammad Zikri turut didakwa atas tuduhan sama.
Mohd Ashraf (kanan) dan Muhammad Zikri turut didakwa atas tuduhan sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia