Berita Harian

Dr Daroyah angkat sumpah Timbalan Speaker DUN Selangor

-

Shah Alam: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu pada Majlis Istiadat Pembukaan Persidanga­n Penggal Kedua Dewan Negeri (DUN) Selangor Ke-14, di sini, semalam.

Dr Daroyah yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR menggantik­an ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang dilantik menjadi EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembanguna­n Modal Insan Selangor pada Disember lalu.

ADUN Semenyih turut angkat sumpah

Beliau adalah Timbalan Speaker wanita kedua di DUN Selangor selepas Hanizah Mohamed Talha (sebelum ini ADUN Taman Medan) pada 2008.

Pada majlis sama, Zakaria Hanafi secara rasmi turut mengangkat sumpah sebagai ADUN Semenyih yang baharu.

Pada awal Mac lalu, Zakaria menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih dengan 19,780 undi.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim.

 ??  ?? Dr Daroyah Alwi
Dr Daroyah Alwi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia