Berita Harian

Selangor tunggu laporan LUAS

Kerja bersih sisa buangan kimia capai 85 peratus

- norrasyida­h@nstp.com.my Shah Alam Oleh Norrasyida­h Arshad

Kerja pembersiha­n sisa buangan kimia dari kolam takungan berhampira­n Sungai Klang di Taman Eng Ann mencapai 85 peratus sehingga jam 10 malam kelmarin.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata pembersiha­n itu adalah langkah awal diambil bagi menangani masalah pencemaran kimia di kolam takungan itu.

“Pencemaran tidak berlaku di Sungai Klang, tetapi hanya di kolam takungan itu.

“Buat masa ini, kita dalam tindakan mengeluark­an semua bahan kimia yang terdapat di dalam kolam berkenaan.

“Kita akan pantau dari semasa ke semasa dan memerlukan maklumat daripada orang awam berkenaan kawasan yang berpotensi untuk berlaku kejadian sama seperti di kolam takungan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14 di sini, semalam.

Ambil sampel

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan merasmikan istiadat terbabit.

Yang turut berangkat mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Amirudin berkata, kerajaan negeri sudah mengambil sampel sisa buangan terbabit, selain menunggu laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

“Laporan ini akan digunakan sebelum mengambil tindakan pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas titah Sultan Selangor yang mahu sekolah tahfiz swasta tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup, Amirudin berkata, kerajaan negeri akur dengan titah berkenaan.

“Setakat ini, kita belum mengambil tindakan menutup (pusat tahfiz swasta tidak berdaftar) kerana sejak dua tahun lalu kerajaan negeri sudah mengarahka­n sekolah tahfiz itu didaftarka­n. Kita memudahkan cara sekolah tahfiz mendaftar dan sudah beri masa yang cukup.

“Tindakan perlu diambil kerana kita bukan hendak menghalang, tetapi perlu memastikan sekolah mempunyai kurikulum sempurna, selain mempunyai kemudahan tidak berbahaya,” katanya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Pekerja membersihk­an kolam takungan berhampira­n Sungai Klang di Taman Eng Ann, Klang, kelmarin.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Pekerja membersihk­an kolam takungan berhampira­n Sungai Klang di Taman Eng Ann, Klang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia