Berita Harian

Pemandu teksi berdepan risiko ‘gulung tikar’

Pendapatan makin kurang berikutan persaingan e-hailing, sewa permit tinggi

-

Putrajaya

Pyang memulangka­n semula kenderaan mereka kepada pihak syarikat kerana tidak mampu untuk membayar sewa bulanan. Beliau yang lebih lima tahun membawa teksi di Putrajaya berkata, sebelum wujudnya perkhidmat­an kereta e-heiling, pendapatan harian setiap pemandu boleh mencapai RM150 sehari berbanding sekarang yang hanya sekitar RM50 sehingga RM80 sehari dan terpaksa menunggu lama bagi mendapatka­n giliran.

“Kita perlu menerima kehendak pengguna yang mahu selesa dengan perkhidmat­an kereta e-hailing, kita tidak boleh sekat, namun perlu ada undang-undang untuk memantau operasi ehailing khususnya di sini agar tidak menyusahka­n pemandu teksi,” katanya.

Beliau berkata kemerosota­n pengguna teksi bukan hanya membabitka­n di Stesyen Putrajaya Sentral, malah di pusat beli belah Alamanda juga turut terjejas yang kini hanya tinggal beberapa teksi sahaja yang masih beroperasi.

Isu pemandu teksi itu memerlukan perhatian kerajaan segera ketika semua orang mengutamak­an penggunaan teknologi.

 ?? [FOTO SAMADI AHMAD/BH] ?? Teksi beratur panjang menunggu pelanggan di Putrajaya.
[FOTO SAMADI AHMAD/BH] Teksi beratur panjang menunggu pelanggan di Putrajaya.
 ??  ?? Husin Ismail
Husin Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia