Berita Harian

Bazar Ramadan pindah Jalan Raja

-

Kuala Lumpur: Operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman (Tar)/jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahka­n ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpang­an Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpang­an Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 200 meter dan 12 meter lebar.

“Sepanjang operasi bazar Ramadan ini, kenderaan awam masih boleh melalui Jalan Raja. Tiada penutupan sepenuhnya Jalan Raja dalam tempoh bazar Ramadan itu beroperasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Susun atur petak niaga telah diselarask­an dengan teratur bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di samping mengelak gangguan lalu lintas, katanya.

Nor Hisham juga berkata tiada pemindahan pasar malam Lorong TAR akan dilakukan buat masa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia