Berita Harian

Siti terus unggul

Ampuh dalam takhta sendiri, penyanyi Jerat Percintaan buktikan rekod cemerlang lebih dua dekad

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Melihat aksinya pada lokasi akhir siri jelajah di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu lalu, layaklah Datuk Seri Siti Nurhaliza digelar penyanyi nombor satu negara. Bangga melihat lebih 10,000 peminat memenuhi stadium ikonik itu, konsert hampir tiga jam itu menyaksika­n kesungguha­n Siti yang tidak pernah lelah mencari kelainan dalam menghiburk­an peminat setia.

Siti yang mengunggul­i carta dengan rekod 25 album dan 250 lagu, sejak dua dekad lalu pernah tampil dengan pelbagai aksi di pentas sama. Sabtu lalu, peminat menyaksika­n kematangan Siti yang sudah menginjak usia 40 tahun, belum hilang pesona sebagai ratu vokal.

Logiklah, dengan rekod ampuh Siti, Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour 2019 yang melabuhkan tirai di Kuala Lumpur, sesuai menjadi penanda aras dalam perjalanan seninya, Malah, ia perlu dijadikan contoh terbaik buat penyanyi pelapis yang berangan-angan mahu menjadi seperti Siti.

Segmen tribute

Tampil menjadi diri sendiri, Siti yang membuka tirai dengan segmen irama tradisiona­l yang jika salah percaturan, boleh memakan diri andai kurang persiapan dan tenaga, spontan mencuri emosi peminat dengan aksi bersahaja.

“Semua saya sudah buat... Apa lagi yang Siti Nurhaliza hendak buat? Saya pernah jadi ahli silap mata, robot, gimnas, pakai baju Jalur Gemilang, bermain rebana, tari buluh, kawad senyap dan menyanyi bersama Allahyarha­m Tan Sri SM Salim.

“Konsert pertama saya adalah pada 1999 di lokasi sama. Saya berusia dalam lingkungan 19 hingga

20 tahun, di mana impian saya mengadakan konsert pertama menjadi kenyataan.

Konsert pertama saya adalah pada 1999 di lokasi sama. Saya berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, di mana impian saya mengadakan konsert pertama menjadi kenyataan” Siti Nurhaliza

“Dulu, lokasi ini digelar Stadium Putra Bukit Jalil, sekarang nama pun sudah ditukar. Tapi saya masih orang sama, mungkin saiz sedikit berbeza,” katanya sambil ketawa.

Siti mengimbas, di lokasi sama kisahnya bersama Allahyarha­m Datuk Suhaimi Mat Zain atau Pak Ngah bermula. Pak Ngah diberi tanggungja­wab sebagai pengarah persembaha­n Konsert Siti Nurhaliza Live yang masih segar dalam ingatan penyanyi Jerat Percintaan ini.

Tidak hairanlah, Siti mengangkat segmen tribute atau penghormat­an kepada Bapa Irama Tradisiona­l itu. Lagu malar segarnya, Badarsila, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah, Nirmala, Balqis, Cindai dan Hati Kama didendangk­an mantap.

Siti percaya sudah menjadi tanggungja­wabnya untuk mengangkat martabat irama tradisiona­l. Siti berkongsi, selain Pak Ngah, ibu dan arwah ayahnya banyak mendidikny­a dari kecil untuk menyanyika­n lagu irama itu.

Siti juga tidak melupakan jasa komposer, Allahyarha­m Datuk Adnan Abu Hassan yang menjadi insan pertama membantuny­a bertapak dalam dunia muzik. Siti mendendang­kan lagu ciptaan Adnan iaitu Jawapan di Persimpang­an, Jerat Percintaan, Wajah Kekasih dan Bila Harus Memilih.

Menyelit kisah menumpang di rumah Adnan setiap kali datang ke Kuala Lumpur, Siti bijak mencuit hati penonton dengan cerita lama termasuk menaiki bas hentihenti dan juadah kegemaran masakan isteri Adnan yang disambut tawa peminat.

Apa yang pasti, setiap lagu didendangk­an dengan penuh penghayata­n dan vokal mantap seolah-olah tidak habis energi ibu kepada Siti Aafiyah ini.

Namun, akui Siti, setiap kali merancang konsert, proses pemilihan lagu adalah antara rutin paling sulit. Mengapa tidak, sukar memilih lagu daripada senarai katalog yang padu.

Sehubungan itu, sebelum mendendang­kan lagu medley bahagian korus membabitka­n lagu Cuba Untuk Mengerti, Intrig Cinta, Bisakah, Pastikan, Biarlah Rahsia dan Demi Kasih

Sayang, Siti memenuhi permintaan spontan peminat. Hasilnya, Siti memecah keheningan stadium dengan lagu Seribu Kemanisan dan Kurniaan Dalam Samaran secara acapella.

Menangis sebelum konsert

Semua orang tahu, Siti cukup menghargai peminat. Tidak hairanlah, apabila ditanya, ramai yang menyahut mereka datang ke semua lokasi siri jelajah itu.

Siti memulakan siri jelajahnya di Jakarta, Indonesia pada 21 Februari lalu dan disusuli Singapura pada 2 Mac.

Terharu dengan sambutan yang diterima, Siti mengaku menangis sebelum melangkah masuk ke pentas. Namun, tambah Siti, dia terpaksa memujuk diri kerana bimbang tidak dapat menyanyi dengan baik sepanjang konsert.

“Saya tahu ada peminat saya pergi ke semua lokasi konsert ini. Ada yang simpan duit di dalam tabung, ada juga yang pecah tabung.

“Jadi, ini saya kira, ini sebagai reunion Sitizoners sebab yang datang dari pelbagai pelosok dari Singapura, Brunei dan Jakarta. Malah, ada peminat ‘tag’ saya beritahu mereka akan datang dari Korea, Jepun dan Kota Makkah.

“Tak kira dari mana, bagaimana anda datang, apa pengorbana­n anda, semua saya hargai dan ucap terima kasih. Saya dedikasi lagu ini pada semua yang ada di sini... Andalah Sitizoners,” katanya.

Dengan sokongan itu, tidak hairanlah Siti menyatakan Sitizoners adalah anugerah terhebatny­a selama berada dalam industri.

Antara lagu yang melengkapk­an konsert malam itu adalah Siti Situ Sana Sini, Engkau Bagaikan Permata, Indah Percintaan, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu dan Anta Permana.

Saya kira, ini sebagai reunion Sitizoners sebab yang datang dari pelbagai pelosok dari Singapura, Brunei dan Jakarta. Malah, ada peminat ‘tag’ saya beritahu mereka akan datang dari Korea, Jepun dan Kota Makkah” Siti Nurhaliza

 ??  ?? Siti membuktika­n keampuhan dirinya sebagai penyanyi tersohor negara.
Siti membuktika­n keampuhan dirinya sebagai penyanyi tersohor negara.
 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA /BH ] ?? Aksi Siti Nurhaliza pada konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour 2019 di Kuala Lumpur.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA /BH ] Aksi Siti Nurhaliza pada konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour 2019 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia