Segmen khas lambang hargai suami
Siti tidak terlepas menyelitkan lagu Comel Pipi Merah buat puteri tersayang yang genap setahun hari ini. Tambah manis, Siti mendendangkan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ bukan sahaja kepada Siti Aafiyah, malah semua peminat yang menyambut hari kelahiran, bulan ini.
Tidak ketinggalan, Siti menampilkan segmen khas buat suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menerusi lagu Jaga Dia Untukku. Paparan video suaminya yang menunggang motosikal berkuasa besar menambahkan lagi unsur dramatik dan penghayatan lagu berkenaan.
Siti memberitahu, nahas jalan raya yang menimpa suaminya pada 2012 memberi impak besar dalam hidupnya.
“Selama empat bulan saya berhenti menyanyi dan menjaga suami yang patah bahu selepas kemalangan motosikal di New Zealand.
“Alhamdulillah, tempoh empat bulan kedengaran panjang. Namun, bagi saya sangat singkat untuk bersama suami dan menjaga dia... memastikan dirinya sihat seperti sedia kala.
Kongsi cerita istimewa
“Itu satu tanggung jawab yang besar bagi diri saya, Jadi, saya nak berkongsi dengan anda semua, kerana cerita ini sangat istimewa.
“Jagalah orang yang kita sayang kerana apabila kita menjaga, Insya-allah ia akan memberi makna yang sangat besar pada kita,” katanya.
Malah, Siti mengaku, tanpa restu suaminya, siri jelajahnya tidak akan menjadi kenyataan. Selain usaha keras pasukan Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions (SNP), keluarganya adalah pendukung utama yang merealisasikan konsert tiga lokasi itu.
Konsert yang dipimpin oleh Aubrey Suwito itu kemudian diteruskan dengan lagu Desti
nasi Cinta, Lebih Indah dan Bersandar Cinta
sebelum melabuhkan tirai.
Secara keseluruhannya, Siti menyanyikan 31 lagu termasuk lagu duet Seindah Biasa
bersama penyanyi terkenal Indonesia, Tulus. Manakala, Yura Yunita dan penyanyi baharu, Natasha Sass diberi kepercayaan untuk membuat persembahan pembukaan.
Antara rakan artis yang turut hadir adalah Siti Sarah, Shuib, Khai Bahar, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Ernie Zakri, Fara Fauzana, Siti Elizad, Lan Solo dan Jihan Muse.