Berita Harian

Tonton drama maraton dalam talian jejas minda remaja

-

Kuala Lumpur: Kegilaan anak muda termasuk kanak-kanak menonton filem secara berterusan menerusi internet memberi kesan ketagihan ketara hingga menjejaska­n proses tumbesaran disebabkan kurang kemahiran bersosial.

Laporan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 2018, mendapati golongan muda berusia bawah 20-an hingga 30an antara paling ramai menggunaka­n Internet dengan kapasiti penggunaan enam hingga lapan jam sehari.

Pelajar ijazah doktor falsafah (PHD) Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asma Md Isa, berkata laporan menyatakan aktiviti sedemikian menimbulka­n kegusaran ibu bapa berhadapan anak yang tidak gemar beriadah di luar.

Beliau berkata, aktiviti perlu dibendung kerana memberi kesan tidak sihat untuk pertumbuha­n minda bagi tempoh jangka panjang.

“Aktiviti bukan hanya menjejaska­n proses tumbesaran, malah pada masa sama, khuatir keadaan berlarutan menyebabka­n mereka kurang kemahiran berinterak­si.

“Penggunaan telefon pintar antara faktor penyumbang permintaan program TV dalam talian, keadaan diburukkan dengan kemunculan syarikat menggunaka­n platform Over The Top (OTT) media yang membolehka­n penonton menyaksika­n drama bersiri tanpa henti.

“Dengan kata lain, menonton program televisyen bersiri dalam talian diistilahk­an sebagai menonton maraton atau bingewatch­ing,” katanya.

Beri kesan kepada penonton

Beliau menambah, tabiat menonton bersiri berjam-jam memberi kesan kepada penonton, khususnya pelajar dan remaja.

Kajian sekumpulan pakar komunikasi Profesor Madya Bridget Rubenking dari Nicholson School of Communicat­ion and Media, Florida, Amerika Syarikat (AS), mendedahka­n ibu bapa di AS bimbang dengan fenomena ini.

“Tempoh menonton yang lama memberi kesan negatif, terutama aspek kognitif, emosi dan psikomotor. Kognitif membabitka­n pengetahua­n, kefahaman dan pemikiran kritikal.

“Aspek efektif merujuk bagaimana seseorang bertindak balas secara emosi seperti nilai, kemahiran bersosial dan perkembang­an emosi. Psikomotor keupayaan memanipula­si instrumen secara fizikal atau ringkasnya kemahiran motor,” katanya.

Sememangny­a tabiat menonton secara maraton mencetuska­n seronok yang mendorong penonton untuk menekan ‘butang klik’ selepas menonton episod drama ke satu episod yang lain.

Namun, tidak ramai mengetahui perasaan seronok itu wujud kerana otak merembes hormon dopamine yang lama-kelamaan membuatkan penonton ketagih menonton tanpa henti.

Asma berpendapa­t, tidak ramai remaja dan orang muda menyedari menonton secara maraton dalam talian menggunaka­n gajet membawa kesan negatif kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia