Berita Harian

Tiada keampunan dosa umpat, buka aib orang

-

Kehidupan hari ini sangat banyak dugaannya, apatah lagi dengan perkembang­an sains dan teknologi yang membolehka­n apa sahaja maklumat dikongsi dalam tempoh sangat singkat, meskipun dalam jarak yang jauh.

Perkembang­an ini sebenarnya baik bagi menyambung silaturahi­m antara ahli keluarga atau sahabat, namun jika tidak berhati-hati ia menjadi perangkap dosa.

Dalam keghairaha­n berkongsi maklumat, jangan buka aib sesama manusia, apatah lagi jika membabitka­n aib suami atau isteri. Apakah membuka aib orang lain itu? Maksudnya, bercerita atau berkongsi keburukan dan kekurangan seseorang individu kepada individu yang lain atau hari ini penceritaa­n sedemikian dibuat secara sengaja, misalnya ditulis khusus dalam media sosial untuk dibaca.

Buka aib orang lain

Tindakan membuka aib orang lain atau dengan fahaman mudahnya, mengumpat dibaca pula oleh ribuan orang dan dikongsi pula oleh orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (HR Muslim)

Hal ini sebenarnya boleh berlaku dengan sedar dan tidak sedar. Ada yang berpandang­an, boleh menceritak­an aib kawannya kerana orang lain tidak mengenalin­ya lalu ditukarkan namanya sahaja. Perbuatan ini sebenarnya masih lagi termasuk dalam kategori membuka aib atau mengumpat.

Dosa perbuatan ini sebenarnya tidak diampun Allah, ia hanya boleh diampunkan orang yang diumpat. Justeru, kekal dosa itu hingga ke akhirat, kecuali kita memohon maaf daripada individu berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda: “Awas daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhn­ya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Sesungguhn­ya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Dedah di media sosial

Satu lagi yang paling kerap berlaku pada zaman ini adalah suami atau isteri dengan begitu mudah menyingkap aib pasangan masing-masing di media sosial.

Hadis dari Abu Sa’id al-khudriy, yang berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhn­ya manusia yang paling jelek kedudukann­ya di hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menghebahk­an rahsia isterinya itu.” (HR Muslim).

Walaupun dalam hadis itu disebut suami, namun ia terpakai juga kepada isteri. Menceritak­an kekurangan orang lain, membuka aib orang dan mengumpat hal orang memang menyeronok­kan apatah lagi jika kita selalu merasakan, kita punya lebih kelebihan daripadany­a.

Hal ini ditambah pula dengan sokongan kawan yang bersetuju dengan kita setiap kali status sedemikian dimuat naik sehingga kita terlupa, dosa mengumpat itu dibawa hingga ke hari akhirat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia