Berita Harian

Karya Li seakan naskhah testimoni kedukaan

-

New York: Where Reasons End tulisan pengarang kelahiran China, Yiyun Li, bukan hanya sebuah karya terbaharu, bahkan ia seakan naskhah testimoni kedukaanny­a.

Novel itu mengangkat kisah seorang ibu yang mahu terus berkomunik­asi dengan anak lelakinya yang membunuh diri menerusi penceritaa­n mengenai dunia yang dibina dengan hanya perkataan saja.

Bagi Li, karya itu bukan kebetulan kerana beliau secara peribadiny­a berdepan dengan kedukaan serupa selepas anaknya membunuh diri.

“Apabila sesuatu dianggap sebagai beban, akan ada satu perasaan negatif mengenainy­a, ia bukanlah yang kita inginkan namun siapa yang tidak berhenti memikirkan mengenai insan kesayangan yang sudah pergi?

“Jadi watak itu dengan dunia dan perbualan didalamnya, cuba untuk mencari perkataan (bagi meluahkan perasaan) daripada sekadar berduka sahaja,” katanya.

Tulis dalam tempoh singkat

Menurut Li, Where Reasons End adalah novel draf pertama dengan hanya beberapa perkataan dan baris dibetulkan, berbeza sekali dengan proses kepengaran­gannya sebelum ini yang kebiasaann­ya membabitka­n beberapa kali semakan.

“Novel ini ditulis di tengah-tengah gelodak emosi yang terpaksa saya lalui. Ia bukan saja tidak memerlukan banyak semakan, malah ditulis dalam tempoh yang sangat singkat.

“Menulis dalam segala keributan ini memberi satu kejelasan kepada saya.

“Jika naskhah itu terbit di waktu tempoh yang lain, tentunya akan menjadi satu novel yang berbeza,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia