Berita Harian

Indonesia isytihar darurat 14 hari

79 disahkan terkorban, 43 masih hilang

- ̌ Sentani

Seorang bayi yang terperangk­ap di bawah runtuhan selepas banjir kilat memusnahka­n kediamanny­a di Indonesia di sini dipertemuk­an semula dengan bapanya selepas bencana itu mengorbank­an seluruh keluargany­a, kata pihak berkuasa semalam, ketika angka maut mencecah 79 orang.

Bayi berusia lima bulan itu diselamatk­an kelmarin dari runtuhan dalam rumah di mana ibu dan adik beradiknya ditemui maut di bandar terjejas teruk di sini.

“Kami membawa bayi terbabit ke hospital untuk dirawat. Dia berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan keluar. Bapanya terkejut namun gembira dipertemuk­an dengan anaknya,” kata jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi kepada AFP.

Berita itu diterima ketika agensi bencana Indonesia menaikkan angka kematian rasmi akibat bencana itu daripada 58 kelmarin, dengan puluhan lagi dikhuatiri masih hilang.

Cari mayat dalam lumpur

Tentera Indonesia melakukan tugasan jerih mengangkat mayat mangsa yang ditenggela­mi lumpur ke dalam beg mayat selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda kawasan itu.

Sejumlah besar cedera dalam bencana itu, susulan hujan lebat sejak Sabtu lalu.

“Angka maut masih boleh meningkat dengan 43 dilaporkan hilang. Penduduk memerlukan makanan, selimut, pakaian bersih dan air bersih,” kata jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho.

Penyelamat bergelut mengharung­i lumpur, batuan dan pokok tumbang ketika mencari mangsa terselamat, ketika kakitangan perubatan merawat mangsa cedera dalam khemah sementara.

Di Doyo, satu daripada kawasan paling terjejas, sebuah kompleks perumahan dipenuhi batuan besar, dipercayai bergolek dari kawasan pergununga­n berhampira­n, sementara tanah dan sampah bertimbun di atas jalan raya. Tentera berkata, 5,700 orang dipindahka­n dari kawasan terjejas teruk.

“Lebih 1,000 anggota tentera terbabit dalam usaha mencari mangsa,” kata Muhammad Aidi.

Indonesia yang sering terdedah bencana mengeluark­an perintah darurat 14 hari susulan banjir terbabit.

Papua berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea (PNG) di pulau terletak di utara Australia.

Banjir ketika musim hujan dari Oktober hingga April adalah kejadian biasa di Indonesia.

Januari lalu, banjir dan tanah runtuh mengorbank­an sekurangku­rangnya 70 orang di pulau Sulawesi sementara awal bulan ini, ratusan penduduk di wilayah Jawa Barat terpaksa dipindahka­n apabila hujan lebat mencetuska­n banjir buruk.

Dalam pada itu, tiga orang terbunuh termasuk dua rakyat Malaysia selepas gempa bumi magnitud 5.5 di pulau pelanconga­n Lombok mencetuska­n tanah runtuh. Dilaporkan kira-kira 182 orang cedera.

Lombok turut digegarkan insiden sama tahun lalu, mengorbank­an lebih 500 orang dan menyebabka­n 150,000 lagi hilang tempat tinggal. AFP

 ??  ?? Bayi lima bulan diselamatk­an askar Indonesia, diserahkan kepada bapanya.
Bayi lima bulan diselamatk­an askar Indonesia, diserahkan kepada bapanya.
 ??  ?? Penduduk meninjau kemusnahan rumah mereka selepas banjir kilat di Sentani, Papua, kelmarin.
Penduduk meninjau kemusnahan rumah mereka selepas banjir kilat di Sentani, Papua, kelmarin.
 ??  ?? Tentera Indonesia mengeluark­an mayat dari timbunan lumpur.
Tentera Indonesia mengeluark­an mayat dari timbunan lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia