Berita Harian

China tahan 13,000 ‘pengganas’ Xinjiang

-

Beijing: China mempertaha­nkan tindakan keras keselamata­n kontrovers­inya di rantau barat Xinjiang, mengatakan hampir 13,000 ‘pengganas’ ditahan sejak 2014.

Negara itu dikecam di peringkat antarabang­sa berhubung dasarnya di rantau itu, di mana sehingga seramai sejuta etnik Uighur dan minoriti Islam lain ditahan dalam kem, menurut kumpulan hak asasi antarabang­sa.

Kabinet China, Majlis Negara membalas kecaman itu dengan ‘Kertas Putih’ yang mengatakan kerajaan ‘berusaha mengikut undang-undang menyekat aktiviti menyokong keganasan dan pelampau.’

Dokumen menyatakan, Xinjiang sekian lama menjadi sebahagian wilayah China, namun ‘tentera pengganas dan pelampau’ mencetuska­n aktiviti pemisah dengan ‘memalsukan’ sejarah rantau itu.

“Sejak 2014, Xinjiang memusnahka­n 1,558, kumpulan ganas dan pengganas, menahan 12,995 pengganas, merampas 2,052 peranti letupan, menghukum 30,645 orang untuk 4,858 aktiviti kegamaan haram serta merampas 345,229 salinan kegamaan haram,” menurut kertas putih.

Katanya, tugas anti-keganasan dan pergelutan menyah aktiviti pelampau di Xinjiang sentiasa dijalankan mengikut peraturan undang-undang.

Dokumen itu segera menarik kecaman kumpulan hak asasi Uighur, yang menyifatka­nnya sebagai ‘alasan politik untuk menindas Uighur.’

“Tujuan mengeluark­an apa yang digelar kertas putih sebagai usaha mendapatka­n sokongan tempatan bagi dasar ekstrem dan menutup pelanggara­n hak asasi manusia,” kata jurucakap Kongres Uighur Dunia dalam buangan, Dilxat Raxit, dalam satu kenyataan.

Xinjiang, yang berkongsi sempadan dengan beberapa negara termasuk Pakistan dan Afghanista­n, sekian lama menderita akibat pergolakan ganas, yang didakwa China didalangi pergerakan ‘pengganas’ terancang yang mahukan kemerdekaa­n di rantau berkenaan.

China sebelum ini menafikan kewujudan kem tahanan itu, namun sejak beberapa bulan lalu beralih menggelarn­ya ‘pusat pendidikan vokasional’ bersamaan sekolah asrama dengan pelajar mendaftar secara sukarela. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia