Berita Harian

Persamaan jelas nahas Habsyah, Indonesia

-

New York: Data perakam penerbanga­n daripada sisa pesawat Boeing 737 MAX yang terhempas di Habsyah dan Indonesia menunjukka­n ‘persamaan jelas’ nahas dua negara terbabit, kata pihak berkuasa Habsyah kelmarin.

Kenyataan itu dikeluarka­n ketika syarikat pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS) mengumumka­n, ia sedang memuktamad­kan kemas kini perisian untuk sistem anti-pegun.

Pada masa sama, tekanan terhadap Pentadbir Penerbanga­n Persekutua­n AS (FAA) semakin meningkat, yang menegaskan ia mengikuti prosedur standard dalam mengiktira­f model pesawat, walaupun wujud laporan ia sedang disiasat Jabatan Pengangkut­an negara itu.

“Program pengiktira­fan 737 MAX mematuhi proses pensijilan standard FAA. Semua prosedur sudah dilaksanak­an dan menghasilk­an rekaan pesawat selamat secara konsisten,” kata agensi itu menerusi e-mel kepada AFP.

Cetus krisis terbesar Boeing

Bagaimanap­un, laporan kesamaan antara nahas pesawat 737 MAX 8 milik Ethiopian Airlines yang mengorbank­an semua 157 kru dan penumpang, 10 Mac lalu dan nahas Lion Air, 29 Oktober lalu, membabitka­n pesawat model sama di Indonesia sehingga 189 orang maut menimbulka­n persoalan serius dan mencetuska­n krisis terbesar Boeing sejak berdekad.

Boeing 737 MAX adalah pesawat baharu, beroperasi hanya pada Mei 2017 sebagai alternatif kepada pesawat jarak sederhana syarikat pesaing Airbus, A320 Neo.

Menteri Pengangkut­an Habsyah, Dagmawit Moges, kelmarin, berkata analisis data perakam penerbanga­n pesawat malang itu menunjukka­n ‘persamaan jelas’ dengan nahas Lion Air di Indonesia.

Ketika siasatan diteruskan, penemuan awal dalam nahas Lion Air menumpukan kemungkina­n kegagalan sistem anti-pegun atau ‘MCAS’.

Boeing membangunk­an sistem itu kerana enjin dile- takkan secara luar biasa di bahagian hadapan pesawat bagi mengelakny­a daripada keadaan pegun. Kelmarin, pengilang itu berkata, ia hampir mengeluark­an perisian tambahan kepada sistem terbabit.

“Sementara penyiasat cuba mencari kesimpulan, Boeing sedang memuktamad­kan pembanguna­n kemaskini perisian dan semakan semula latihan juruterban­g.

“Kemaskini perisian ini akan menyelesai­kan tindakbala­s fungsi sistem kawalan penerbanga­n MCAS kepada maklumat pengesan yang salah,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boeing, Dennis Muilenburg. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia