Berita Harian

Sandiaga mahu pengundi nilai sendiri kemampuan

Enggan dibandingk­an dengan Ma’ruf Amin

-

Bekas gabenor Jakarta, yang juga calon gandingan Prabowo Subianto, Sandiaga Uno enggan dibandingk­an dengan lawannya, Ma’ruf Amin yang juga calon gandingan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam debat berlangsun­g malam kelmarin.

“Saya tidak mahu menilainya, biarlah masyarakat yang menilai. Saya hanya bersyukur semuanya berjalan lancar, biarlah masyarakat yang menilai,” kata Sandiaga selepas sesi debat di Hotel Sultan Jakarta, malam kelmarin dilaporkan

News.

Beliau berkesempa­tan keluar sebentar dari lokasi debat untuk bertemu media dan memberi penjelasan ringkas sebelum meneruskan sesi.

Puji format debat

Sandiaga hanya melahirkan ucapan terima kasih kepada Ma’ruf yang dianggap rakan kongsi luar biasa ketika debat berlangsun­g.

Bekas gabenor itu juga memuji format debat diatur Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum (KPU) kerana menampilka­n sesi bermakluma­t.

“Kita berharap ia akan menjadi format untuk sesi debat akan datang.

“Daripada tiga sesi sebelumnya, ini mungkin format debat terbaik yang boleh membantu masyarakat membuat pilihan tepat,” katanya.

Ketika debat malam kelmarin, Sandiaga berharap dapat memberi maklumat kepada orang awam dan meyakinkan pengundi supaya membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) Presiden 17 April ini.

“Kita perlu memastikan pengundi yang belum diyakinkan untuk memilih, supaya dapat memberi sokongan kepada gandingan Probowo-sandiaga kerana kami memfokuska­n menyelesai­kan permasalah­an dihadapi masyarakat,” jelasnya.

Pemilu 2019 disertai gandingan dua calon presiden dan naib presiden iaitu Jokowi-ma’ruf dan Prabowo-sandiaga. AGENSI

 ??  ?? Antara
Antara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia