Berita Harian

Kotak undian awal dikawal ketat

-

Bangkok: Suruhanjay­a Pilihan Raya (EC) Thailand berjanji kotak undi yang digunakan dalam pilihan raya awal kelmarin akan dikawal ketat.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Nat Laosisawak­ul berkata, kawalan keselamata­n maksimum akan dikekalkan ketika kertas undi awal dihantar ke kawasan pengundi untuk kiraan rasmi bersama kotak undi 24 Mac ini, pada hari pilihan raya umum minggu depan.

Katanya, kotak undian awal akan dihantar ke ibu pejabat Pos Thailand di sini untuk disusun kakitangan pos tengah hari semalam sambil diawasi pegawai pilihan raya, pengurus Pos Thailand dan wakil parti politik.

Selepas itu, kata beliau, kotak undian akan dihantar ke balai polis di 350 kawasan dalam tempoh dua hari di mana pegawai polis dan CCTV memantau kotak berkenaan 24 jam.

Nat pada masa sama berjanji untuk melanjutka­n semua usaha bagi memastikan kotak undian dikawal dan bebas daripada manipulasi.

Kelmarin, penduduk memenuhi 395 stesen undian yang dikhususka­n bagi undian awal. Kesemua stesen ditutup secara rasmi jam 5 petang namun terus dibuka sehingga pengundi terakhir mengundi.

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia