Berita Harian

Gattuso berang angkara dua pemain berbalah

-

Milan: Pengendali AC Milan Gennaro Gattuso berkata dia lebih kecewa dengan perbalahan antara dua pemain tengah, Franck Kessie dan Lucas Biglia di tepi padang berbanding kekalahan 3-2 pasukannya kepada Inter di San Siro.

Kessie, 22, dari Ivory Coast dan pemain tengah Argentina Biglia, 33, terpaksa dileraikan rakan sepasukan ketika pertembung­an tetangga Milan itu.

Kessie, yang dikeluarka­n di pertengaha­n babak kedua, berang terhadap sesuatu yang diperkatak­an Biglia di bangku simpanan dan terpaksa ditahan rakan sepasukan apabila dia beberapa kali cuba menyerang pemain Argentina itu.

Tak boleh terima

“Kekalahan yang paling menyakitka­n saya ialah Kessie dan melihat apa yang berlaku di bangku simpanan,” kata Gattuso selepas deretan lima kemenangan liga pasukannya berakhir di tangan Inter.

“Ia sesuatu yang saya tidak boleh terima menerusi cara saya melihat bola sepak, cara saya melihat pasukan dan etika berpasukan.

“Perlu ada rasa hormat untuk setiap orang di bilik persalinan dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima. Ia amat penting bagi saya dan saya menganggap­nya seperti kekalahan berganda.”

Keputusan itu menyaksika­n Inter memintas AC Milan untuk tangga ketiga liga dengan kelebihan dua mata, manakala Roma ketinggala­n empat mata di belakang Milan yang menghuni tangga terakhir kelayakan Liga Juara-juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia