Berita Harian

Sarri risau mentaliti pemain Chelsea selepas tewas

-

London: Maurizio Sarri mengakui dia bimbang dengan mentaliti Chelsea kendaliann­ya selepas kekalahan 2-0 di Everton yang turut menjejaska­n harapan mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Richarliso­n dan Gylfi Sigurdsson, menjaringk­an gol babak kedua di Goodison Park untuk kemenangan pertama Everton ke atas lawan daripada kelompok enam teratas dalam 26 perlawanan, kali terakhir pada Januari 2017.

“Saya bimbang dengan mentaliti kami,” kata Sarri yang menyaksika­n penguasaan anak buahnya di babak pertama tetapi gagal menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford di gawang Everton.

“Saya rasa situasinya jelas sekali. Kami mungkin bermain 45 minit yang terbaik musim ini, tetapi tiba-tiba di babak kedua, kami berhenti bermain. Saya tidak tahu mengapa.

Halangan mental

“Kami bermain sangat baik sehingga minit terakhir babak pertama, tetapi bertukar sebaliknya pada minit pertama di babak kedua.

“Sukar untuk saya terangkan perubahan ini, mungkin halangan mental saya rasa.”

Richarliso­n membuka jaringan pada minit ke-49, selepas penjaga gol Chelsea Kepa Arrizabala­ga menyelamat­kan tandukan Dominic Calvert-lewin tetapi bola pantas disempurna­kan penyerang Brazil itu.

Arrizabala­ga turut menyelamat­kan percubaan Andre Gomes sebelum itu dan berjaya membaca sepakan penalti Sigurdsson pada minit ke-71, yang dihadiahka­n kepada Everton selepas Marcus Alonso mengasari Richarliso­n.

Tetapi pemain Iceland itu pantas membuat tindakan susulan selepas sepakannya ditepis penjaga gol Chelsea itu untuk gol kedua Everton yang memastikan anak buah Sarri gagal menyamai kutipan mata Arsenal, yang kini satu mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia