Berita Harian

United mampu gegar: Matic

Tetap yakin tamatkan kempen dalam kelompok empat teratas

-

Dua kekalahan berturuttu­rut di Piala FA dan Liga Perdana Inggeris membantutk­an kebangkita­n Manchester United di bawah kendalian pengendali sementara Ole Gunnar Solskjaer, tetapi pemain tengah Nemanja Matic yakin kelompok empat teratas masih mampu dicapai.

Kekalahan 2-1 di tangan Wolverhamp­ton Wanderers pada aksi suku akhir Piala FA menyusul selepas kekalahan 2-0 kepada Arsenal dalam saingan liga minggu lalu.

Dengan lapan perlawanan berbaki, United yang menghuni tangga kelima hanya satu mata di depan Chelsea, dua mata di belakang Arsenal dan tiga di belakang Tottenham Hotspur dalam perebutan tiket ke Liga Juara-juara.

Pemain ada kualiti

“Kami perlu memberikan aksi terbaik kami sekarang untuk mara ke kelompok empat teratas.

“Kami tidak boleh membiarkan­nya terlepas seperti ini,” kata Matic.

“Kami juga mempunyai Liga Juara-juara. Kami akan lihat kemampuan kami dan tahap kualiti yang kami ada.”

Walaupun keputusan kurang memberangs­angkan dalam beberapa perlawanan terakhir ini, Matic berkata pengendali dari Norway itu perlu diberikan jawatan secara tetap selepas membimbing United memenangi 14 daripada 19 perlawanan sejak mengambil alih daripada Jose Mourinho pada Disember.

“Saya mahu Ole kekal. Dia pengendali yang hebat, sangat positif dan kelab akan memutuskan­nya.

“Saya pasti dia akan mengubah situasi ini menjadi lebih baik,” katanya.

United akan melayan kunjungan Watford dalam saingan liga 30 Mac ini.

 ??  ?? Nemanja Matic
Nemanja Matic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia