Berita Harian

Mane terus julang Liverpool

-

Liverpool: Bintang Liverpool, Sadio Mane menjaringk­an satu gol dan memainkan peranan penting dalam satu lagi jaringan ketika mereka kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan kemenangan tipis 2-1 berdepan Fulham, kelmarin.

Ia tampak akan menjadi hari yang mengecewak­an buat skuad Juergen Klopp selepas jaringan pembukaan Mane disamakan Ryan Babel berikutan kesilapan Virgil van Dijk, tetapi pemain gantian James Milner meledak jaringan menerusi penalti minit ke-81 untuk memungut mata penuh.

Liverpool kini mengumpul 76 mata daripada 31 perlawanan, dua melebihi juara bertahan, Manchester City yang masih berbaki satu perlawanan.

Fulham mengumpul 17 mata dan perlu bekerja keras untuk mendaki jika mereka mahu mengelak penyingkir­an daripada liga utama.

Milner sempurna penalti

Mane menjaringk­an gol kesembilan liga apabila dia meledak jaringan pertama pelawat pada minit ke-26 dengan penamat baik menerusi gaya serangan tipikal Liverpool di bawah Klopp.

Kesilapan Van Dijk memberikan Fulham gol penyamaan pada minit ke-74 apabila tandukanny­a kepada penjaga gol Alisson Becker disambar bekas pemain sayap Liverpool, Babel yang kemudianny­a meledak jaringan.

Satu lagi kesilapan kali ini oleh Rico, menentukan keputusan itu apabila gagal menangkap kemas sepakan Mohamed Salah dan kemudian menjatuhka­n Mane seterusnya Milner menyempurn­akan penalti.

 ?? [FOTO EPA] ?? Mane cuba dihalang pemain Fulham pada aksi di London, kelmarin.
[FOTO EPA] Mane cuba dihalang pemain Fulham pada aksi di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia