Berita Harian

Pertanding­an golf perpaduan

Pupuk semangat setiakawan antara pemain

-

Menggunaka­n tema ‘Gua Caya Lu’ yang bermaksud ‘Saya percaya kepada anda’, Sports Unite menganjurk­an golf perpaduan di Templers Park Golf & Country Club pada 25 April ini.

Penganjur bersama, Dina Rizal, berkata objektif utama pertanding­an adalah untuk memupuk semangat setiakawan dan perpaduan antara pemain golf berbilang kaum di negara ini dengan jangkaan penyertaan 144 pemain.

“Pemain berusia antara 30 hingga 70 tahun bakal mengambil bahagian, membabitka­n 72 pasangan berbilang kaum. Acara golf ini sungguh unik dan diadakan buat kali pertama di Malaysia,” katanya.

Dina yang juga Pengerusi Kelab Sukan Sportsunit­e berkata, mereka yang berminat menyertai pertanding­an boleh menghubung­i beliau sendiri di talian 019-3255674 atau emel kepada datodina@yahoo.com atau TC Gooi, 0193388757 emel gooi1961@hotmail.com selain menerusi di www.facebook.com/ sportsunit­e.

 ??  ?? Dina (dua dari kanan) bersama pemain terawal mengesahka­n penyertaan pertanding­an golf ‘Gua Caya Lu’.
Dina (dua dari kanan) bersama pemain terawal mengesahka­n penyertaan pertanding­an golf ‘Gua Caya Lu’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia