Berita Harian

Zaqhwan sedia tawan litar Jasin

-

Kuala Lumpur: Juara kelas perdana CP130 2014, Zaqhwan Zaidi yang juga juara Asia dalam kelas Supersport­s 600cc musim 2014 dan 2016 sudah bersedia untuk kembali mewarnai kancah Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2019 yang akan membuka tirai di Jasin, Melaka, Sabtu dan Ahad ini.

Nama Zaqhwan berada dalam senarai pelumba CP150 pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing musim 2019 selepas tidak beraksi pada musim lalu apabila membuat keputusan untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dan Kejuaraan Seluruh Jepun.

Pelumba berusia 24 tahun itu akan berganding­an bersama pelumba muda meningkat naik, Azroy Hakeem Anuar dan juara WIRA 2015, Harith Farhan Baharin.

“Saya sudah bersedia dan tidak sabar untuk kembali ke litar Cub Prix. Banyak yang saya rindui di sini,” kata Zaqhwan.

“Sepatutnya penghujung tahun lalu lagi saya sudah beraksi tetapi tangan saya mengalami kecederaan selepas terjatuh di Jepun dan juga pusingan terakhir ARRC di Thailand.

Ujian positif

“Tangan saya sudah hampir pulih sepenuhnya, jadi saya berharap dapat memberi aksi terbaik di Jasin nanti.

“Cuma mungkin saya perlu sedikit masa untuk menyesuaik­an diri dengan jentera RS150R ini dan juga keadaan litar Cub Prix yang cukup teknikal.

Hasil ketika sesi ujian dan latihan sebelum ini juga agak positif. Kita tunggu sahaja perlumbaan sebenar nanti.

Untuk rekod, Zaqhwan dan Azroy adalah dua pelumba yang berjaya menghadiah­kan podium buat kem Honda sejak saingan CP150 diperkenal­kan pada musim 2017.

Zaqhwan muncul pemenang tempat ketiga ketika pusingan pembukaan musim 2017 di Temerloh manakala Azroy di tempat ketiga pada pusingan kesembilan di Jempol, Negeri Sembilan musim lalu.

 ??  ?? Zaqhwan Zaidi
Zaqhwan Zaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia