Berita Harian

FAM gubal garis panduan

-

Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan badan induk itu tidak mahu bergantung dengan ‘pemain import’ buat selama lamanya.

Justeru Presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin, menjelaska­n pihaknya memiliki tiga jenis pendekatan iaitu program bagi jangka masa pendek, pertengaha­n dan panjang dengan mereka sudahpun menyiapkan kertas kerja untuk prosedur operasi standard (SOP) bagi pengambila­n pemain naturalisa­si.

“Bukan untuk kejayaan segera tetapi kita memang perlukan pemain naturalisa­si. Kita juga mungkin tidak mahukan begitu ramai sehingga 20 atau 30 pemain.

“Apabila sampai masanya, kita akan berhenti (guna pemain naturalisa­si), sebab itulah kita ada pelan jangka masa pendek, pertengaha­n dan panjang.

“Kita tidak mahu gagal seperti beberapa negara yang pernah mengambil pendekatan sama dan kita mengadakan kajian mendalam berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media di sini.

Patuhi syarat kerajaan

Mengulas lanjut berhubung kertas kerja terbabit, Hamidin berkata ia akan dibentangk­an dalam Mesyuarat EXCO yang akan berlangsun­g pada 30 Mac ini sebelum mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan bagi menjayakan program naturalisa­si pemain kebangsaan.

“Isu ini membabitka­n kelulusan kerajaan kerana ada kriteria tertentu di mana mungkin ada keistimewa­an untuk kes sebegini.

“Kita juga turut mengambil berat mengenai kebimbanga­n sekiranya pemain naturalisa­si mengambil kesempatan mendapatka­n pasport Malaysia untuk beraksi di negara lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia