Berita Harian

Bukan niat kejar glamor

-

Petaling Jaya: Keputusan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menerima pencalonan untuk merebut jawatan EXCO Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) tidak hanya mengejar glamor semata-mata.

Sebaliknya keputusan itu adalah berpaksika­n kepada kebaikan bola sepak tempatan.

Kesediaan Hamidin itu sebagai langkah awal untuk kebaikan bola sepak negara dan ia seiring dengan program dilancarka­n F:30 yang dilancarka­n sebelum ini.

Pembanguna­n bola sepak

“Saya turut ditawarkan sebagai Naib Presiden AFC, namun saya suka memilih jawatan EXCO saja. Keputusan ini kerana saya tidak mahu dikatakan gila kuasa dan ianya lebih kepada pembanguna­n bola sepak negara.

“Ia tidak bermakna saya cari glamor, tetapi ia selari dengan program F:30 yang mahu pengurusan FAM ada dalam tampuk kepemimpin­an peringkat Asia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia