Berita Harian

Hamidin sedia pertaruh jawatan

-

Petaling Jaya: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sentiasa meletakkan sasaran tertinggi buat skuad kebangsaan dan berpegang teguh dengan pendirian untuk memikul tanggungja­wab terhadap apa yang berlaku.

Untuk tempoh paling hampir, Hamidin menyasarka­n layak ke Piala Asia 2023 dan sedia menjadikan jawatannya sebagai taruhan sekiranya sasaran itu gagal dilaksanak­an.

“Sebagai presiden saya sentiasa ingin lihat pasukan mara sejauh mungkin dan mahu kita muncul antara kelompok 16 pasukan terbaik di Asia.

“Bukan saya takut letak sasaran dan kita sasarkan skuad Datuk Ong Kim Swee layak ke Piala Asia selepas ini kerana pasukan inilah mewarisi skuad senior sekarang.

Sasaran tak mustahil

“Saya tidak pernah ada rasa takut untuk ambil tanggungja­wab ini.

“Saya tahu bila patut saya undur diri (jika gagal),” katanya ketika ditemui, semalam.

Berdasarka­n prestasi dibawa Kim Swee pada pertanding­an bawah 23 (B-23), sasaran itu bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisas­ikan apabila pernah muncul antara lapan pasukan terbaik Asia peringkat B-23 di China tahun lalu.

Malah, Hamidin juga berasakan memecat jurulatih bukan jalan terbaik jika sesebuah pasukan menemui kegagalan.

“Saya buat semua ini untuk negara. Keputusan untuk memecat jurulatih juga bukan jawapannya (kegagalan). Sebaliknya kita perlu lihat semula apa yang masih kurang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia