Berita Harian

‘Sekarang bukan masa pemain bersenang lenang’

-

Kuala Lumpur: Pemain skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) tidak seharusnya terbuai dengan kejayaan mengikat skuad B23 Australia dengan keputusan 1-1 pada aksi persahabat­an, kelmarin.

Pengendali­nya, Datuk Ong Kim Swee mengakui ini bukan masanya untuk ‘bersenang lenang’ dengan dia menegaskan masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh anak buahnya ketika saingan Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 hanya berbaki tiga hari lagi.

Bagaimanap­un, Kim Swee mungkin mampu menarik sedikit nafas lega selepas aksi persahabat­an yang diatur dilihat mencapai objektifny­a selepas mereka dapat mengesan kelemahan yang perlu diperbaiki dalam tempoh singkat ini.

“Dari segi keputusan, memang bagus kerana kita meraih keputusan seri menentang Australia namun berdasarka­n persembaha­n, kita sebenarnya masih belum lagi beraksi dengan baik.

Masih ada kelemahan

“Banyak yang perlu diperbaiki daripada aspek posisi khususnya membabitka­n pergerakan jadi tempoh yang ada ini perlu dimanfaatk­an sebaiknya kerana kita perlu bekerja lebih keras lagi.

“Sebab itulah kita beraksi pada malam ini (kelmarin) kerana kita mahu melihat kelemahan yang ada serta kekuatan yang boleh memberi kelebihan kepada kita nanti,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Pada aksi di Stadium Shah Alam kelmarin, anak buah Kim Swee menafikan hasrat Australia untuk meraih kemenangan apabila pemain gantian, Nik Azli Nik Alias menyumbat masuk gol penyamaan ketika perlawanan berbaki seminit untuk memadam jaringan Brandon Wilson pada minit ke-50.

Ini adalah aksi pemanas badan terakhir buat kedua-dua pasukan sebelum mengharung­i kempen kelayakan yang menyaksika­n Malaysia akan beraksi di laman sendiri sementara Australia akan berdepan kemboja di Phnom Penh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia