Berita Harian

FAM tidak terjejas: Hamidin

TM terus bersama hingga tahun hadapan

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Syafiq Aznan

penghujung tahun 2020.

“FAM memang sudah lama dengan TM jadi setakat ini, penajaan terus berkekalan sehingga tahun 2020,” katanya ringkas pada sidang media di sini, semalam.

Sebelum ini, syarikat telekomuni­kasi itu sudah menaja pasukan itu sejak 2000an namun muncul selaku penaja utama sejak 2005.

MFL terus bincang

Jumaat lalu, demi kelangsung­an bola sepak negara, MFL terpaksa mengambil keputusan berat 'memutuskan hubungan' bersama penaja rasmi, Telekom Malaysia (TM).

Keputusan itu dibuat selepas mendapat kata sepakat Ahli Lembaga Pengarah dalam satu mesyuarat bersama Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi perbincang­an, Ahli Lembaga Pengarah juga membuat keputusan merujuk perkara berkenaan kepada peguam, Faisal Moideen bagi tindakan sewajarnya selepas difahamkan terma kontrak membabitka­n bayaran tidak berlangsun­g lancar seperti dipersetuj­ui kedua-dua pihak.

Tunku Ismail sudah pun mengarahka­n Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam mengadakan perbincang­an rasmi dengan pihak berminat untuk menjadi penaja baharu Liga Malaysia.

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Hamidin (kanan) bersama pemain B-23 negara, di Petaling Jaya , semalam.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Hamidin (kanan) bersama pemain B-23 negara, di Petaling Jaya , semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia