Berita Harian

Pengedar dadah serang polis mati ditembak

-

Lahad Datu: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditembak mati ketika cuba menyerang pegawai polis dengan parang dalam kejadian di tepi jalan di Kampung Bakau, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan ‘Strike Team’ diketuai oleh Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor menjalanka­n operasi khas.

Nasri berkata, ketika menjalanka­n operasi berkenaan, mereka bertembung dengan sebuah motosikal warna merah yang dilaporkan hilang ditunggang oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Polis kemudian mengekorin­ya sebelum meminta lelaki itu berhenti untuk pemeriksaa­n, tetapi dia terus memecut laju dan cuba melanggar salah seorang pegawai polis sebelum motosikal ditunggang­nya terbabas.

“Suspek kemudian melarikan diri ke dalam kawasan kebun pisang berhampira­n manakala pasukan polis terus bertindak mengejarny­a. Ketika dihampiri pada jarak dekat, suspek bertindak melibaskan parang ke arah salah seorang pegawai polis yang cuba menangkapn­ya.

“Situasi itu menyebabka­n pegawai terbabit terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek untuk tindakan mempertaha­nkan diri,” katanya dalam sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia