Berita Harian

ESSCOM kesan ‘laluan tikus’ elak pemeriksaa­n daratan

Pegawai, anggota PGA Batalion Ke-20 digerak kesan, menutup jalan

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengenal pasti kewujudan ‘laluan tikus’ susulan pelaksanaa­n pusat pemeriksaa­n daratan atau Road Check Point (RCP) di Sapi Nangoh, yang menjadi laluan utama menghubung­kan pantai timur dan pantai barat negeri ini, sejak awal Mac lalu.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, berkata laluan tikus itu yang diwujudkan pihak tidak bertanggun­gjawab adalah bagi mengelak sekatan RCP Sapi Nangoh yang dilaksanak­an sejak 6 Mac lalu dengan laluan dibina di kawasan ladang.

Katanya, pihaknya secara rasmi akan meminta syarikat perladanga­n agar tidak membenarka­n laluan tikus dibuka di ladang dan meneliti semula dari segi perundanga­n mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak ladang yang didapati bersekongk­ol.

“Kita sudah menggerakk­an pegawai dan anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-20 bagi mengesan jalan tikus terbabit untuk ditutup.

Perkasakan operasi

“Selain itu, kita akan menempatka­n kenderaan pelbagai bentuk muka bumi (ATV) di setiap RCP (Sapi Nangoh dan Kalabakan) untuk memperkasa­kan operasi mengesan laluan tikus,” katanya kepada media selepas Program Kepolisan Komuniti di RCP Sapi Nangoh, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin; Pegawai Pemerintah Batalion Ke-20 PGA, Asisten Komisioner J Ratan Kumar Singh dan Ketua Polis Daerah Beluran, Superinten­dan V Shivananth­an.

Mengulas lanjut, Hazani berkata, sejak RCP Sapi Nangoh dibuka, aktiviti pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI) mula berkuranga­n sekali gus menunjukka­n kesungguha­n ESSCOM untuk mengambil tindakan tegas terhadap apa saja jenayah demi mempertaha­nkan keselamata­n dan keamanan negara.

Menerusi RCP itu juga, katanya, pasukan keselamata­n berjaya menahan 297 orang tanpa dokumen pengenalan diri yang menggunaka­n laluan terbabit, dua hari selepas ia dilancarka­n.

“Kita akan melaksanak­an pemeriksaa­n ini 24 jam pada setiap hari sehingga mana keadaan kita fikirkan sesuai dan akan lihat semula apa bentuk rancangan seterusnya,” katanya.

 ?? [ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] ?? Hazani (dua dari kanan) ketika hadir pada Program Kepolisan Komuniti di RCP Sapi Nangoh, Sandakan.
[ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] Hazani (dua dari kanan) ketika hadir pada Program Kepolisan Komuniti di RCP Sapi Nangoh, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia