Berita Harian

Luconia tarikan terbaru di Sarawak

-

Miri: Keunikan Taman Marin Luconia Shoals yang terletak kira-kira 100 batu nautika dari Pantai Miri, di sini bakal menjadi tarikan terbaru pelanconga­n di wilayah utara negeri ini.

Malah, ia diyakini mampu menarik peminat aktiviti selaman skuba dari seluruh dunia dengan keindahan pelbagai spesies hidupan marin, termasuk terumbu karang.

Pengarah Dive At Borneo, Kalvin Ling, berkata menyedari potensi besar itu, pihaknya mengambil inisiatif menyediaka­n khidmat membawa pelancong menyelam di taman marin berkenaan.

“Kita menyediaka­n kapal khas, Tubbataha Dos, yang dilengkapi dengan peralatan menyelam, menyelamat dan tempat tidur untuk kemudahan pelancong.

“Ia kemudahan pertama seumpamany­a disediakan di Taman Marin Luconia, sekali gus menambahka­n lagi tarikan pelanconga­n di wilayah utara Sarawak,” katanya kepada NSTP, di sini, semalam.

Beliau berkata, taman marin itu memiliki banyak keunikan dan tarikan kepada penggemar aktiviti menyelam yang belum didedahkan.

Katanya, sebelum ini kawasan berkenaan hanya popular untuk aktiviti memancing dan tiada kemudahan aktiviti menyelam ditawarkan di kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia